Fenomena penyapu tegak melanda!

Baru-baru ni guys, ada satu fenomena baru melanda yang mengejutkan segelintir pihak. Kisahnya apabila ada sebuah keluarga kat sekitar Kampung Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Nala dan Kampung Remang, Tungku kat Lahad Datu, Sabah mendakwa penyapu kat rumah diaorang mampu berdiri tegak!

Menurut laporan Harian Metro, kejadian aneh itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung iaitu Dayang Hazimah Datu Jamaluddin, 46, melalui kumpulan WhatsApp kampung mereka.

Kerana ingin mengetahuinya, Dayang bersama anak perempuannya yang berusia Sembilan tahun mencuba sendiri di rumah. Ternyata dia juga terkejut apabila penyapu di rumahnya juga berdiri seperti yang didakwa.

Ekoran daripada kejadian yang berlaku kat Lahad Datu tu, masyarakat di Malaysia mula mencuba penyapu masing-masing sebab nak tengok sama ada benar atau tidak ia boleh berdiri sendiri.

Beberapa gambar yang dimuat naik pengguna laman Facebook juga menunjukkan penyapu di rumah mereka turut sama boleh berdiri tegak seperti yang berlaku di Sabah.

Min belum cuba lagi, sebab kat rumah min tak ada penyapu. Min pakai vacuum jer. Tak apa nanti min ketuk pintu jiran sebelah pinjam penyapu dia.

Kat sini min kongsikan beberapa gambar dan video fenomena penyapu berdiri yang tular kat laman Facebook.

 

Raja Lepak

Read Previous

Penemuan Raksasa Laut Bikin Gempar

Read Next

Hantu popular dalam masyarakat di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *