Pekerja restoran biadab. Pelanggan kesal kena body shaming.

OMG..!!! Marahnya min bila tahu pasal benda ni. Apa yang boleh min cakap ialah, pekerja restoran tersebut sangat biadab apabila berani menggunakan unsur ‘body shaming’ pada pelanggan.

Sejak kelmarin tular dalam laman sosial apabila seorang pelanggan dikenali sebagai Nazly Rosli telah memuat naik satu resit yang tertera kata-kata berunsurkan body shaming.

“Gemuk tak nak cream”. Itulah kata-kata yang ditulis pada resit bagi memberi tahu pelanggan tersebut tidak mahu krim diletakkan pada minumannya.

Ternyata, apa yang ditulis oleh pekerja di sebuah restoran terkemuka di  Petaling Jaya baru-baru ini. Fuhh! Kalau min yang kena mungkin jadi puting beliung kat situ.

Menurut Nazly, dia telah meminta ‘no whipped cream’ untuk minuman ice choc yang dipesan, tetapi dengan mudah pekerja terbabit menaip permintaannya dengan ayat mengguris hati iaitu ‘gemuk tak nak cream’.

Kerana tindakan biadab pekerja berkenaan, Nazly tertanya-tanya apakah adakah mesej itu ditujukan kepadanya atau kepada staff yang membuat minuman tersebut.

Dalam kekesalannya, Nazly telah memohon agar pihak pengurusan di restoran berkenaan untuk menasihatkan pekerja yang terbabit supaya tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan.

Bukan itu sahaja, Nazly turut memberitahu pekerja di restoran tersebut juga berbual dengan suara yang lantang dan kurang enak untuk didengari.

Difahamkan, Nazly telah pun dihubungi pihak pengurusan restoran dan siasatan telah pun dijalankan. Sebagai pekerja yang duduk di barisan hadapan, korang perlulah bersikap profesional dan menjaga emosi pelanggan.

Tak pasal-pasal sebab sikap biadab korang tu dah mencemarkan nama baik syarikat tempat korang bekerja.

Raja Lepak

Read Previous

Kedengaran aneh? Nah 10 nama tempat pelik kat Malaysia

Read Next

Dahsyat!!! Ini jambatan boleh buat orang Sawan tiba-tiba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *