Kedengaran aneh? Nah 10 nama tempat pelik kat Malaysia

What’s up guys! Korang pernah rasa pelik dan tertanya-tanya tak bila korang terdengar nama suatu tempat tu kedengaran agak lucu dan ‘sesuatu’. Memang wujud beberapa nama tempat sama ada daerah atau kampung yang menggunakan nama agak pelik. Mungkin nama-nama tempat tu terkait dengan kisah yang pernah berlaku di Kawasan tersebut. So hari ni min nak kongsi sedikit 10 nama-nama tempat yang kedengaran agak pelik di Malaysia. Yuk!

  • Jalan Microwave Station

Kalau nak tahu, ia terletak di jalan yang menghubungkan antara Kota Kinabalu dengan Sandakan iaitu sejauh 350km. Jalan Microwave Station ni diberi nama sebegitu sebab ia menghala ke Menara komunikasi yang terletak di bukit berhampiran.

  • Batak Rabit, Perak

Cam comel pula dengar nama kampung Batak Rabit ni. Banyak arnab mungkin? Kalau nak tahu, Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Hilir Perak di Perak berhampiran dengan bandar Teluk Intan. Penduduk kat situ cakap, nama Batak Rabit diberi nama bersempena nama tentera upahan Batak yang dating dari Daerah Batak kat Sumatera pada tahun 1867 hingga 1874. Batak Rabit ni sebuah perkampungan nelayan kecil dan syurga untuk penggemar udang galah. Wow!

  • Desa Temu Jodoh, Johor

Kampung ni dibuka kira-kira 30 tahun dulu dan dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek. Nama Desa Temu Jodoh diberi selepas diadakan satu majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan pengantin oleh kerajaan negeri Johor. 

  • Kampung Atas Tol

Menurut cerita, penduduk kat situ pada zaman dulu tinggal di beberapa penempoatan secara berkelompok seperti di pinggir tanah gersang, berpasir dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam kerana susah nak dapat air. Tanah gersang tidak bernama itu hanya disebut sebagai ‘di atas itu’ atau ‘atas itu’ sahaja. Lama-lama ia dah jadi bahan percakapan dan akhirnya dipanggil ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol pada tahun 1924 selepas Penasihat British pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah.

  • Kampung Seronok, Pulau Pinang

Kisahnya apabila terdapat seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan selalu dating ke kampung ni dan sempat hadir ke beberapa majlis keramaian. Mat Salleh ni pun tertarik dengan cara hidup penduduk kat situ. Dia laaa yang mencadangkan kampung tu diberi nama Kampung Seronok pada tahun 1946 dan orang kampung kat situ pun bersetuju.

  • Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung Baru Jumpa ni terletak kira-kira 25km dari pekan Tenom kat Sabah. Sebahagian besar penduduk kat kampung ni dihuni oleh masyarakat etnik Lundayeh. Hari ini, Kampung Baru Jumpa dah semakin maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertanian seperti padi, koko dan getah.

  • Mambang Di Awan, Perak

Dakwanya, seorang pegawai Inggeris bernama Geroge Maxwell telah memberi nama Mambang Di Awam sebab mendakwa terdapat seorang mambang atau bidadari turun dari Gunung Bujang Melaka. Selain tu, ada juga mendakwa sekumpulan pelombong bijih timah yang bekerja kat situ ternampak bidadari di awam-awam semasa sedang berehat.

  • Kota Sarang Semut, Kedah

Katanya terdapat seorang Raja bernama Raja Sulaiman telah lalu kat situ dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah. Nak dijadikan cerita, Raja Sulaiman telah terdengar semut menangis dan meminta simpati selepas kumpulan rombongan itu telah memusnahkan busut yang menjadi kota semut. Kerana itu, Raja Sulaiman telah memberi amaran kepada rombongannya supaya tidak memusnahkan busut-busut tersebut.

  • Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Kat DUN Kota dalam Parlimen Rembau ada satu tempat diberi nama Kampung Penajis. Dulu nama asal kampung tu ialah Kampung Panjuh bersempena dengan nama seorang peneroka kampung, iaitu Datuk Najuh. Selain tu, kampung ni juga dikenali dengan nama Kampung Penajeh. Dalam Bahasa Sanskrit, Tajeh berasal dari suku kata Taj iaitu Mahkota. So mana datangnya nama Penajis tu ek?

  • Batang Melaka, Melaka

Terletak kat Daerah Jasin di Melaka. Pekan Batang Melaka pula ialah sebuah pekan kecil yang sebahagiannya kat Jasin dan sebahagian lag ikat Tampin, Negeri Sembilan. Sampai hari ini, pekan Batang Melaka dikenali sebagai pekan Koboi sebab keadaannya masih sama sejak tahun 1960-an. Rare!

Itulah dia serba sedikit nama-nama tempat yang kedengaran agak pelik kat cuping telinga min nak juga korang. Mungkin ada lagi nama-nama tempat lain yang kedengaran pelik yang min tak masukkan. Kalau korang ada maklumat tambahan, boleh kemukakan komen ok!

Raja Lepak

Read Previous

Nak sara anak sakit gila, nenek 85 tahun masih kerja di laut

Read Next

Pekerja restoran biadab. Pelanggan kesal kena body shaming.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *