Jom kenali individu pada logo jenama popular

Logo merupakan identiti penting untuk sesuatu perusahaan. Jadi sesuatu logo itu mestilah bersifat unik dan mampu mencuri perhatian. Jika diperhatikan dengan teliti, di sesetengah logo terdapat individu yang dijadikan ikon. Jadi untuk segmen pada kali ini, jom kita kenali siapakah individu disebalik beberapa produk popular ini.

Naomi Parker Fraley

Pernah tak korang melihat poster Rosie The Riveter yang memaparkan imej seorang wanita cantik  menunjukkan lengannya yang berotot? Sosok yang memakai bandana merah bercorak polkadot putih tersebut merupakan ikon bagi pergerakan kaum wanita ketika zaman perang Dunia Kedua. Poster tersebut telah dibuat pada tahun 1942. Wajah wanita yang menghiasi poster tersebut pernah menjadi bualan pada waktu itu kerana dianggap misteri. Menerusi carian yang dibuat oleh seorang Profesor Komunikasi dari Universiti Seton Hall, James Kimble pada 2016, iaitu selama 6 tahun, nama Naomi Parker Fraley akhirnya diakui menjadi inspirasi pada poster tersebut. Pada ketika itu, Naomi bekerja di markas tentera laut Amerika Syarikat dan menjadi simbol feminisme. Naomi bagaimanapun telah meninggal dunia pada 2018 ketika berusia 96 tahun akibat sakit tua.

Josh Bateson

Siapa yang tidak kenal dengan produk coklat berbentuk telur, iaitu Kinder Joy. Selain coklat yang diisi dalam bekas berbentuk telur ini, di sesetengah negara, coklat Kinder Joy ini boleh diperoleh dalam bentuk variasi berbeza. Salah satunya ialah dalam bentuk coklat bar. Pada kemasan coklat tersebut, terdapat imej seorang kanak-kanak lelaki sambal tersenyum. Kanak-kanak lelaki berbaju oren itu bernama Josh Bateson. Josh kini telah pun berusia 24 tahun dan merupakan seorang model. 

Jennifer Joseph

Peminat filem Hollywood mesti tidak asing  lagi dengan sosok seorang wanita jelita berbaju putih sambal memegang obor yang akan muncul pada awal filem terbitan Colombia Picture. Ternyata imej wanita klasik ketika zaman Rom itu bukanlah rekaan, sebaliknya ia wujud. Dibuat pada tahun 1992, logo ini menggunakan seorang wanita bernama Jennifer Joseph yang bekerja sebagai pereka grafik dan juga pelakon sambilan.

Jerry West

Logo Nasional Basketball Association (NBA) merupakan antara logo paling popular dalam arena sukan. Logo dengan latar warna merah dan biru dan dihiasi dengan imej bayangan putih seorang lelaki memegang bola keranjang merupakan logo paling banyak diadaptasi dan dijadikan contoh. Tahukah, individu disebalik imej bayangan putih itu adalah milik Jerry Alan West yang pernah bermain bersama pasukan Los Angeles Lakers dan kini berusia 81 tahun. Jerry turut diberi jolokan Mr. Clutch kerana kerap memberikan mata pada penghujung permainan sehingga memberi kemenangan pada pasukannya. 

Helen Kane

Siapa yang tidak kenal dengan karakter kartun seorang wanita berkepala besar namun memiliki bentuk tubuh yang seksi bernama Betty Boop. Ternyata, watak Betty ini dicipta berdasarkan inspirasi daripada imej seorang pelakon, penyanyi dan penari dari New York yang popular sekitar tahun 1920-an, iaitu Helen Kane. Pada tahun 1930, seorang animator, Grim Natwick telah mencipta watak kartun menyerupai Helen Kane. Walaupun ramai penonton amat meminati watak Betty Boop, namun ternyata Helen tidak berapa suka dengannya. Hal ini kerana, pihak produksi Betty Boop didakwa tidak meminta izin terlebih dahulu untuk menggunakan karakter yang mirip dengannya.

Williard Herman Scott

Siapa yang tidak kenal dengan mascot badut berbaju kuning dan berambut merah milik rangkaian makanan segera popular, McDonald. Sosok disebalik imej badut tersebut terinspirasi daripada individu bernama Williard Herman Scott yang merupakan seorang aktor dan pelakon komedi di AS. Ikon McDonald yang dinamakan sebagai Ronald itu pertama kali ditayangkan di televisyen pada tahun 1963.

Melinda Lou Thomas

Siapakah gadis yang menghiasi pada logo makanan segera, Wendy’s? Ternyata, imej gadis berambut merah bertocang dan dihiasi dengan reben berwarna biru itu adalah anak gadis kepada pengasas kepada jenama Wendy’s itu sendiri, iaitu ,Melinda Lou Thomas. Bahkan, nama Wendy’s itu sendiri diambil bersempena nama panggilan Melinda sewaktu kecil iaitu Wenda. Pada bahagian leher logo tersebut dikatakan terdapat perkataan tersembunyi iaitu ‘MOM’ namun ia belum pernah didedahkan.

Harland David Sanders

Kentucky Fried Chicken (KFC) cukup dikenali dengan logo yang memaparkan imej seorang lelaki tua berjanggut dan berambut putih. Ternyata logo tersebut adalah imej pengasas KFC itu sendiri iaitu Harland David Sanders. Kisah lelaki tua itu membina empayar ayam gorengnya cukup terinspirasi apabila resepinya pernah ditolak sebanyak 1,000 kali sewaktu dia cuba menjual ayamnya di restoran-restoran sebelum dia tekad membuka restorannya sendiri. 

William Hunt

Pada logo produksi filem popular, DreamWorks terdapat imej seorang kanak-kanak lelaki sedang memancing di atas bulan. Pada awalnya, individu yang bertanggungjawab mencipta logo tersebut, Robert Hunt ditugaskan untuk menggambarkan logo tersebut dan bercadang untuk memaparkan imej lelaki dewasa. Tetapi Robert menggambarkan versinya sendiri dan telah menggunakan anaknya sendiri, William Hunt sebagai model. Hari ini William telah dewasa dan telah menjadi komposer muzik. 

Larry

Siapakah lelaki berambut putih yang terdapat pada logo Quaker Oats? Lelaki tersebut dikenali sebagai Larry. Beberapa pendapat mengatakan bahawa Larry mirip seperti Henry Parsons Crowell, iaitu pengasas bagi jenama Quaker Oats. Terdapat juga pendapat memberitahu imej logo tersebut mirip seorang individu bernama William.

Raja Lepak

Read Previous

10 negara paling bahaya untuk wanita

Read Next

Superb!!! Lokasi makanan Onzz di Yogyakarta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *