10 negara paling bahaya untuk wanita

Terdapat beberapa buah negara kat dunia ini, wanita dianggap hanya sebagai objek sampingan apabila hak mereka ditindas.

Malah usaha untuk memperkjuangkan hak wanita turut dibuat menerusi Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang menjadi antara agenda penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wanita-wanita di Malaysia serta di beberapa buah negara lain dianggap begitu bertuah apabila terdapat peruntukan dibawah kementerian yang mengiktiraf kedudukan seseorang wanita itu.

Namun, masih terdapat segelintir negara seolah-olah tidak mengalu-alukan kehadiran wanita, jauh sekali untuk menghormati hak mereka yang ditindas dan diperlecehkan.

Kat sini min nak senaraikan 10 buah negara paling berbahaya di dunia untuk wanita berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh The Thomson Reuters Foundation . Jom baca…

India

Credit Photo: poll2018.trust.org

Negara India mencatatkan senarai teratas sebagai negara paling bahaya untuk golongan wanita apabila mencatatkan kes keganasan tertinggi terhadap golongan tersebut. Tak mustahil apabila ia dibuktikan dengan kegagalan pihak kerajaan India untuk menangani kes rogol dan bunuh yang berlaku dalam kadar yang cukup tinggi dan menakutkan. Malah, wanita di India juga menerima ancaman seperti penderaan seksual, pemerdagangan manusia, buruh paksa, perhambaan seks dan perhambaan domestik.

Afghanistan

Credit Photo: Wikipedia.org

Menduduki tempat kedua ialah negara Afghanistan yang mendapati wanita di negara terbabit telah mengalami nasib buruk kesan daripada pemerintahan Taliban selama 17 tahun. Ancaman bahaya ke atas wanita disenaraikan melalui tiga aspek iaitu penindasan kepada akses kesihatan, sumber ekonomi dan keganasan bukan seksual.

Syria

Credit Photo: armytimes.com

Wanita di Syria hari ini berdepan dengan ancaman kesukaran mendapatkan akses kesihatan yang terhad selain berdepan dengan keganasan bukan seksual. Golongan wanita di sana juga terdedah dengan keganasan berkaitan konflik penderaan secara domestik. 

Somalia

Credit Photo: UNSOM

Di tempat keempat negara paling bahaya untuk wanita ialah Somalia. Wanita di sana berdepan dengan akses kesihatan dan ekonomi yang terhad. Selain itu budaya masyarakat di Somalia sendiri meletakkan wanita pada keadaan yang terancam.

Arab Saudi

Credit Photo: mintpressnews.com

Menduduki tangga kelima ialah negara Arab Saudi yang meletakkan negara tersebut antara negara berbahaya untuk wanita ekoran pemerintahan yang bersifat konservatif seperti diskriminasi di tempat kerja dan hak pemilikan harta.

Pakistan

Credit Photo: Dailystar.net

Pakistan berada di kedudukan keenam ekoran keadaan ekonomi yang teruk selain negara tersebut turut mengamalkan budaya yang mengancam nyawa wanita seperti amalan pembunuhan maruah. 

Republik Demokratik Congo

Berada di kedudukan ketujuh negara paling bahaya untuk wanita terutamanya daripada segi aspek keganasan seksual. Negara ini juga pernah dikritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana pentadbiran kerajaan yang tidak mampu berdaya saing setelah bertahun-tahun berada dalam situasi bergolak.

Yaman

Credit Photo: media.pri.org

Tersenarai di tangga kelapan sebagai negara berbahaya untuk wanita kerana tidak mampu menyediakan akses yang baik kepada golongan tersebut daripada sudut kesihatan, sumber ekonomi selain memiliki amalan tradisi yang berbahaya. 

Nigeria

Credit Photo: Wikipedia.org

Tersenarai sebagai negara kesembilan paling bahaya untuk wanita kerana wujud isu penyeksaan seperti merogol dan pembunuhan orang awam oleh tentera sewaktu memerangi ekstremis Boko Haram. Nigeria juga disenaraikan sebagai negara keempat paling bahaya dalam isu pemerdagangan manusia selain menjadi negara keenam sebagai negara yang mengamalkan amalan tradisi berbahaya untuk wanita.

Amerika Syarikat

Credit Photo: media.npr.org

Merupakan satu-satunya negara barat yang tersenarai sebagai negara bahaya untuk wanita daripada aspek gangguan seksual. Ia termasuklah aktiviti paksaan melakukan seks, dan akses kurang keadilan dalam menangani masalah rogol. Kajian oleh kempen #MeToo yang dibuat oleh wanita disana untuk membantah keganasan seksual dan penderaan.




Raja Lepak

Read Previous

Giler kreatif, pendedahan cara songlap makanan dalam pawagam

Read Next

Jom kenali individu pada logo jenama popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *