10 tempat wisata pelik yang korang tak sangka wujud di dunia

Korang suka bercuti? Apa selalunya lokasi yang menjadi pilihan korang kalau pergi bercuti? Ada yang memilih untuk bercuti di tempat-tempat bersejarah. Mungkin jugak korang suka bercuti di bandar-bandar metropolitan besar menikmati keindahan neon malam. Tapi kebanyakkan daripada kita of course lebih memilih untuk bercuti di tempat yang menjanjikan kedamaian dan keindahan alam semulajadi. Untuk segmen Chill Dulu kali nie, min nak kongsikan 10 tempat wisata pelik di dunia yang menentang hukum alam. Yuk semak..!! 

  • Pantai Terbelah Dua

Pantai yang diberi nama Pantai Terbelah Dua nie terletak kat Ponnani di India. Apa yang menarik, korang boleh berjalan kaki kat tengah-tengah laut sebab terdapat belahan kat tengahnya. Tempat nie memang banyak pengunjung yang dating, tapi pemerintah tempatan melarang orang ramai untuk jalan kat tengah-tengah laut terbelah tue. Bahaya kot kalau air pasang tiba-tiba tak pasal-pasal kena telan nanti. Setakat nie taka da penjelasan yang tepat tapi kajian yang pernah dibuat cakap fenomena tu disebabkan kejadian banjir yang pernah berlaku dulu.

  • Sungai Mendidih

Terdapat sebatang sungai kat Peru dimana airnya mencecah suhu sehingga 200 darjah Celsius! Malah terdapat di sesetengah Kawasan kat sungai tersebut boleh memasak apa sahaja hidupan yang jatuh kat dalamnya. Sungai yang diberi nama Mayantuyacu itu mengalir merentasi hutan Amazon. Mempunyai lebar 25 meter dengan kedalaman 6 meter, fenomena pada awalnya disangka sebab berpunca daripada gunung berapi, tapi yang pelik kat situ tak terdapat bekas tapak gunung berapi. Koghase?

  • Danau Karachay

Danau atau tasik Karachay yang ada kat Russia nie dikatakan sebagai danau paling tercemar kat dunia. Dia punya tercemar tue sampaikan boleh membunuh manusia yang beradakat tepi kawasan tasik tersebut. Wah…!! Puncanya? Pada sekitar tahun 1940-an, kerajaan Russia ada mebangunkan projek bom atim pertama diaorang kat situ. Bila dah buat kat situ, sisa-sisa kimia daripada projek bom atom tu pun dibuangnya kat dalam tasik.

  • Mata Air Batu

Mata air batu atau ada jugak orang panggil sumur batu yang ada kat Utara Yorkshire, England nie boleh mengubah semua benda yang masuk ke dalamnya menjadi batu. Wow..!! Perigi misteri yang turut menjadi tumpuan pengunjung ini telah mengundang rasa misteri dan menakutkan. Kalau korang pergi kat situ, korang dapat tengok sebuah basikal yang ada kat situ turut bertukar menjadi batu. Orang tua-tua cakap ada sejarah misteri pernah jadi kat situ. Tapi biasa laa Mat Salleh mana nak percaya sangat hantu jembalang nie. So kajian sains mendapati puncanya disebabkan kandungan mineral yang tinggi kat situ, so semua benda yang tersimpan lama akan jadi batu.

  • Pohon Atas Pohon

Kalau korang nak tengok sepohon pokok yang tumbuh kat atas sepohon pokok mati yang lain, korang boleh pergi kat Piedmont, Itali. Orang cakap kejadian tue Nampak macam pokok tue sedang mendukung pokok lain. Erkk?? Bahagian bawah adalah pokok murbei yang telah mati manakala atasnya pula ada pokok ceri yang tumbuh segar. Mungkin ada burung atau kelawar jatuhkan buah ceri kat situ kot, lepas tue tumbuh.

  • Petir Abadi

Terdapat satu fenomena menakjubkan dengan pemandangan petir sabung-menyabung di sebatang sungai kat Venezuela. Masalahnya ada ke orang nak tengok pemandangan petir? Dalam sejam, Kawasan itu dipanah petir sebanyak 3,600 kali. Wow..!!! serem banget. Kejadian tersebut pertama kali disaksikan berlaku pada tahun 1570. Zaman Kesultanan Melayu Melaka beb.

  • Danau Berwarna

Ada tasik kat Ende, Flores, Nusa Tenggara, Indonesia dimana terdapat 3 kawah bekas gunung berapi yang mempunyai warna air berbeza. Kawah pertama air dia berwarna biru, kawah kedua berwarna hijau dan kawah ketiga berwarna merah. Kalau korang nak tahu, air kat dalam kawah tu berwarna sebab ada kandungan mineral yang berinteraksi dengan gas volkanik. Sebab tue air dia berwarna-warni. Cantik guys!

  • Batu Yang Bernyanyi

Bukan burung atau orang jer yang boleh bernyanyi tau, batu pun boleh. Terletak kat Pennsylvania, AS, terdapat sebuah taman batu seluas 2.8 hektar yang akan mengeluarkan bunyi nyaring berbeza-beza kalau korang pukul bat utu dengan tukul. Bunyi-bunyi tu sekali gus akan menghasilkan irama muzik. Yang peliknya, batu-batu tue tak boleh menghasilkan bunyi nyaring kalau korang bawak dia keluar dari taman batu, Bahkan saintis sendiri pun tak pasti kenapa. Pelikkan?

  • Telaga Biru

Terletak kat Hokkaido, Jepun. Ada sebuah tasik dengan airnya berwarna biru seakan-akan aiskrim. Warna ais tasik tue jadi lagi cantik sebab ada kombinasi warna hijau. Kejadian air yang membiru tue disebabkan oleh penghasilan kandungan mineral aluminium hidro yang tinggi semasa letusan gunung berapi ratusan tahun dahulu.

  • Kawah ijen

Kat Banyuwangi, Indonesia, ada sebuah tasik yang ada apio berwarna biru terhasil kat situ. Kejadian aneh tue Nampak lagi ketara terutama pada waktu malam. Kalau korang datang kat situ, korang akan dapat tengok kat tengah-tengah kawah tasik ada api. Kejadian tersebut berlaku sejak tahun 1950-an disebabkan oleh gas dari dalam tanah. Fuhhh..!!

So, itulah dia 10 tempat wisata aneh yang diikutkan menentang hukum alam. Kalau korang teringin nak tengok depan-depan, korang boleh pergi sendiri kat tempat tue okey. Daaaa…!!

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Hulk mahu cari jodoh

Read Next

Kentut berapi bikin hospital terbakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *