Puaka Rumah Amityville, New York

Kalau ada yang pernah menonton filem yang berkisar tentang rumah Amityville anda pasti tahu bahawa kisah rumah puaka ini merupakan adaptasi daripada kisah sebenar. Seperti sejarah-sejarah rumah berhantu, rumah Amityville juga mempunyai sejarah berdarahnya yang tersendiri dan pada masa sama sehingga kini menjadi antara lokasi paling seram di dunia. 

Sebagai salah satu rumah paling menakutkan di dunia, Amityville mempunyai banyak misteri yang boleh membuat anda seram sejuk. Terletak di Long Island, New York, Amerika Syarikat, rumah Amityville kini merupakan salah satu lokasi untuk lawatan seram yang sering dikunjungi oleh ramai pelancong. 

Sekiranya anda memberi perhatian, rumah ini mempunyai senibina gaya Belanda yang kelihatan seperti rumah biasa pada umumnya. Tetapi nampaknya, rumah Amityville mempunyai sejarah yang akan mengerikan anda.

Image result for Amityville haunted house


Rumah Amitiville pernah dihuni oleh keluarga DeFeo sebanyak 6 orang kesemuanya. Kisah seram di rumah Amityville bermula ketika Ronald DeFeo, Jr. menembak dan membunuh 5 anggota keluarganya. Menurut kisah yang tersebar, Ronald DeFeo, Jr. telah dirasuk oleh oleh roh jahat ketika dia membunuh anggota keluarganya. Ronald DeFeo, Jr. akhirnya terpaksa meringkuk di penjara kerana tindakannya.

Related image
Image result for Amityville haunted house


Rumah itu kemudiannya dibeli oleh keluarga Lutz dengan harga AS$ 80,000. Seperti keluarga yang baru sahaja berpindah ke rumah baru, keluarga Lutz yang terdiri daripada suami dan isteri Gogeo Lutz dan Kathy Lutz bersama-sama dengan 3 anak mereka juga teruja untuk menduduki rumah Amityville ini.


Penjual rumah telah memberi amaran kepada keluarga Lutz tentang kisah pembunuhan beramai-ramai keluarga DeFeo, tetapi mereka memutuskan untuk terus membeli rumah itu. Mereka berpindah ke rumah Amityville pada 18 Disember 1975.


Tidak lama menetap di rumah itu, keluarga berkenaan dikatakan telah diganggu oleh roh jahat yang dianggap sebagai roh keluarga DeFeo yang telah dibunuh. Pelbagai keganjilan yang dialami oleh mereka. Kathy Lutz sering bermimpi tentang pembunuhan beramai-ramai di dalam rumah, malah, dia juga sering merasakan kelibat dan kehadiran makhluk halus bersamanya. 

Related image

Tetapi gangguan dari roh gentanyangan di rumah Amityville menjadi lebih teruk dan berterusan, bahkan George sendiri telah beberapa kali mengalami kejadian aneh yang tidak dapat dijelaskan.
George sentiasa bangun kira-kira pukul 3:15 pagi, kemudian dia pergi ke garaj tempat menyimpan bot.

Masa yang dianggarkan itu difahamkan adalah masa di mana DeFeo membunuh ahli keluarganya. Malah, anak perempuan George, Missy, yang berumur 5 tahun, sering menceritakan tentang kawan khayalannya, Jodie, yang dikatakan mempunyai mata merah dan sangat cerah.

Image result for Amityville haunted house


Selepas tinggal di rumah Amityvlle selama 28 hari, keluarga Lutz akhirnya memutuskan untuk keluar dari rumah dan tinggal di rumah ibu Kathy Lutz. Keluarga Lutz membawa barang-barang lama mereka dari rumah Amityville, dan mereka mendakwa mereka masih merasakan kehadiran makhluk halus meskipun berpindah ke rumah ibu Kathy.


Keluarga lain yang tinggal di rumah Amityville selepas keluarga Lutz mendakwa tidak mempunyai pengalaman yang aneh di rumah, tetapi sebaliknya terganggu oleh sebilangan besar orang yang melawat rumah kerana rasa ingin tahu.

Image result for Amityville haunted house


Sekarang rumah berhantu Amityville adalah tempat pelancongan seram yang terkenal di Amerika Syarikat. Walaupun ia telah dibuka kepada orang ramai, bilik di mana pembunuhan beramai-ramai keluarga DeFeo berada di bawah tanah tetap ditutup dan tidak boleh dikunjungi oleh pelancong.

Kisah rumah Amityville telah menjadi adaptasi dalam pelbagai versi novel dan filem. Malah, ia juga masih menjadi bahan cerita penduduk setempat yang khabarnya ada melihat kelibat keluarga keluarga DeFeo dari jendela terutama ketika waktu mereka semua dibunuh. Uihhh seram lah kalau jadi jiran diaorang ni.

Raja Lepak

Read Previous

(Lokasi seram dunia) Cachtice Castle, Slovakia

Read Next

Lokasi wajib “Chill” di Bali untuk tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *