(Lokasi seram dunia) Cachtice Castle, Slovakia

Image result for haunted Cachtice Castle

Bagi mereka yang gemarkan cerita seram pastinya akan tahu lokasi-lokasi yang seram bukan sahaja di Malaysia tetapi juga luar negara. Yaaa, pastinya setiap negara mempunyai lokasi seram mereka yang tersendiri. Makanya sebelum ini JBKTK pernah menceritakan tentang lokasi-lokasi seram di Mexico dan Ireland, jadi kali ini kesinambungannya kita ke Slovakia pulak. Katanya ada satu lokasi seram di sana iaitu Cachtice Castle.

C:\Users\New User\AppData\Local\Microsoft\Windows\INetCache\Content.MSO\30BEAD4C.tmp

Menurut cerita yang diperoleh dari sebuah portal, Cachtice Castle di Slovakia adalah istana seram di Eropah. Di sini, beratus-ratus tahun yang lalu terdapat seorang bangsawan kejam. Dia menyembelih beratus-ratus wanita muda supaya dapat mandi dalam darah demi kecantikan abadi. 

Elizabeth Bathory adalah salah seorang wanita bangsawan dari empayar Hungary yang telah menetap di sana pada akhir abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Isteri Stephen Bathory, yang merupakan salah satu daripada panglima perang Kerajaan Hungary, sering menyeksa pembantunya.

Apabila memasuki usia 40 tahun, Elizabeth Bathory mula takut kecantikannya akan hilang. Kulitnya mula berkerut dan takut dia akan ditinggalkan oleh suaminya. Terdapat cerita, Elizabeth Bathory menampar seorang hamba kerana menyikat rambutnya terlalu kasar. 

Kerana kuku panjangnya, pipi pembantunya yang seorang gadis muda telah koyak dan berdarah dan terkena pada tangan Elizabeth. Tidak dipastikan apa yang difikirkan olehnya pada ketika itu, Elizabeth dikatakan mengoleskan darah pada kulitnya. Dia berasa seperti muda lagi. Sejak itu pada tahun 1585-1610, sejumlah 600 lagi gadis muda terbunuh dan darah mereka diperah untuk mandian Elizabeth Bathory. Kerana kejahatannya dia dikebumikan hidup-hidup dengan perintah suaminya sendiri.

Image result for haunted Cachtice Castle

Ada versi berbeza yang menceritakan tentang Elizabeth bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan seorang bangsawan, Ferenc Nadasdy, wira negara Hungary semasa perang melawan Turki. Setelah kematian suaminya pada tahun 1604, isteri bangsawan itu sepenuhnya tidak terkawal.

Dia menetap di Cachtice, kisah kekejaman dia bermula selepas semakin ramai wanita kampung di sekitar hilang. Mengikut cerita, bilangan gadis semakin berkurang. Elizabeth kehilangan mangsa untuk memuaskan tabiat kejamnya.

Dia mula mencari mangsa lain dari keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Mereka hanya menyedari kemudian, anak perempuan mereka tidak pernah kembali.

Image result for haunted Cachtice Castle



Pada tahun 1610, khabar angin perbuatan yang dahsyat ini sampai ke telinga raja Hungary. Raja menghantar wakil Palatine Georgy Thurzo untuk menyiasatnya. Disember 1610, orang-orang Bathory ditangkap bersama-sama dengan tiga hamba-hamba yang dibakar dan diseksa.

Elizabeth pula dikurung di Kastil Cachtice, dan meninggal dunia pada 21 Ogos 1614.

Tidak kiralah versi yang mana apa yang berlaku ini katanya mencetuskan puaka di tempat ini malah, ada dalam kalangan pelancong katanya mengalami perkara-perkara aneh ketika ke Cachtice Castle. Ada yang mengatakan mereka terlihat kelibat seorang wanita tua dengan pakaian ala-ala victorian berlegar-legar di kawasan Istana.  Ada juga yang mendengar tangisan dan rayuan seolah-olah meminta tolong.

Khabarnya istana ini dipenuhi dengan roh-roh gentayangan yang mana sewaktu kematiannya jasad tidak dikebumikan dengan sempurna. Malah, ada yang mengatakan bahawa entiti yang menghantui  Cachtice Castle merupakan roh Elizabeth Bathory yang berdendam atas kematiannya di tanam hidup-hidup.

Apa pun mungkin kalau nak ke Slovakia kosnya agak tinggi tetapi kalau berpeluang bolehlah jadi team Seeekers buru hantu kat sana. Mana tahu kalau jumpa Elizabeth kan.. hehehehehe

Raja Lepak

Read Previous

Teropong kafe hipster di Perlis

Read Next

Puaka Rumah Amityville, New York

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *