Teropong kafe hipster di Perlis

Buat korang yang ke Perlis Indera Kayangan mesti korang wondering apa yang best especially bab nak makan-makan kan. Haaa min pun awalnya dok pikir juga kat negeri terkecil di Malaysia ni apa yang boleh kita discover. Godek-godek pak Google akhirnya min tengok banyak rupanya tempat makanan menarik dan especially yang hipster. So since kita dah teroka hampir semua kafe hipster di Semenanjung Malaysia so kali ini kita ke Perlis jugak. 

Selain popular dengan tanaman mangga harum manis, ada banyak lokasi makanan yang direkomen kan oleh warganet kalau singgah di Perlis. Di sini min nak kongsikan beberapa lokasi yang menarik mata, selera dan craving min untuk pergi try makanan kat sana kalau ke Perlis. So tak nak membebel meleret jom kita tengok lokasi-lokasi ni;

Mai Café Herbal Kopitiam

Image result for Mai Café Herbal Kopitiam PERLIS
Tempat makan memarik dan sedap Perlis
Kredit: Mai Cafe

Menyediakan pelbagai hidangan Barat Mai Café Herbal Kopitiam ialah kopitiam  adalah lokasi yang boleh dikunjungi. Mempunyai variasi menu isitimewa yang menjadi pilihan pelanggan seperti  Chicken Chop, Cheezy Chicken, Grilled Beef Steak, Chichken Grilled, Mixed Grilled, Mushroom Soup, dan Fried Fish, Mai Café Herbal Kopitiam turut menyediakan minuman herba dan yang popular adalah Pegaga Tonic.

Menu di Mai Café Herbal Kopitiam juga tidak terhad kepada makanan Barat sahaja tetapi turut menyajikan Nasi Arab. Menjadi lokasi kunjungan pelajar universiti dan golongan belia, Mai Café Herbal Kopitiam didekorasi secara ringkas tetapi menarik, santai, bersih, selesa bersama hidangan dalam kuantiti yang besar pada harga yang berpatutan.

Hannah’s Cookies

Image result for Hannah’s Cookies PERLIS
Image result for Hannah’s Cookies PERLIS

Mendengar namanya mungkin anda fikir kedai ini hanya menyediakan kek dan biskut. Jangan tak percaya Hannah’s Cookies turut menyediakan makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta .

Menyediakan tempat makan berbumbung dan berhawa dingin serta open air, Hannah’s Cookies merupakan lokasi popular dan sering full booked. Oleh yang demikian mungkin kena beratur lah kalau nak makan kat sini dan pada masa sama kerap berinteraksi dengan pelayan berhubung status order anda.

Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam restoran iaitu ruang berbumbung dan berhawa dingin atau di luar dengan berbumbungkan langit dan berhawa segar. Ketika jumlah pelanggan ramai, anda terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan tempat duduk atau untuk mendapatkan hidangan anda (kalau makanan tak sampai lagi selepas 30 minit lah).

Ana Burger D’ Café

Image result for Ana Burger D’ Café  PERLIS
Image result for Ana Burger D’ Café  PERLIS
Kredit: KLezCar

Siapa tak terliur melihat burger nak-nak kalau dihidangkan dengan sos yang meriah dan inti tebal serta roti yang gebu. Di Ana Burger D’ Café burgernya amat dikenali dan boleh membuatkan korang terliur. Selain burger ada juga makanan barat yang lain seperti Chicken Chop, Cheese Meatball, dan Spaghetti. Selain itu ada juga hidangan tempatan yang paling terkenal iaitu nasi lemak. Gaya hipster sebagai hiasan dalaman cukup sesuai untuk bersantai bersama rakan dan ahli keluarga.

Blackwood Coffee & Chocolate

Related image
Image result for Blackwood Coffee & Chocolate PERLIS

Blackwood Coffee & Chocolate sebenarnya merupakan restoran yang sangat dikenali di belah utara dan mempunyai beberapa cawangan selain di Arau dan beberapa lagi lokasi di Kedah. Mereka menyediakan menu yang diantaranya adalah steak, pizza, pasta dan beberapa menu tempatan seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng Ayam Paprik, dan Royal Chicken Percik.

Suasana restoran sangat selesa dan menarik dengan dekorasi yang sangat seperti di rumah. Selain makanan berat kafe ini  turut menyediakan kopi, kek, dan menu yang lain. 

The Houze Cafe Perlis

Image result for The Houze Cafe Perlis
Related image

The Houze Cafe paling famous dengan Bingsu Korea, choco die, boat noodle, mojito, tortila wrap dan bermacam lagi menu di cafe hipster The Houze. Sesuai sangat time tengah panas pekena bingsu bersama laksa tom yam. Boleh tahan banyak portion bingsu sampai terpaksa kongsi dua orang. 

Raja Lepak

Read Previous

(JANGAN KETAWA) Selok sangat nak membawang

Read Next

(Lokasi seram dunia) Cachtice Castle, Slovakia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *