Dappp errr… Selero abe ni cicoh budu

Selera sungguh nengok brader kita ni makan nasi cicah budu. Betullah kata orang yang kalau kita dah datang Malaysia ni mesti ada yang akan sangkut dengan makanan tradisional kita. Tengok selera naw abg niga kita makan bila di tanya  dapp errr.. Hahaha… Min meskipun dah melantak sat tadi jadi lapo balik tengok abe niga kita ni makan. Bersungguh bebenor dia. 

Kebanyakkan kita terutama dari Pantai Timur memang tidak boleh kalau makan tak de budu. Budu sebagai pelengkap hidangan adalah sos ikan bilis juga sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis. 

Image result for budu

Tapi bila tengok video ni sungguhlah dia selera. Katanya cara makan budu, goyangkan botol tuang dalam pinggan ambil ayam, cicah dan makan dengan nasi. Tambahnya lagi.. ummm dapnya.. hahahaha tak payah nak campur apa-apa dah tuang aje pun sedap juga.

Even dalam video yng lain ada juga mat salleh buat channel food hunting ni berselera makan budu;

Meskipun mempunyai bau yang agak kurang menambat tetapi selepas cuba pasti nak lagi. Dapat pula ikan rebus goreng dan ulam-ulaman, perghhh sedap sungguhlah.

Haa tahu tak disebalik rasanya yang umami lah kita katakan khasiatnya bukan kaleng-kaleng.

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Image result for budu

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya , kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Macam mana amazed tak dengan budu ni. Selain abg ni, ramai orang luar yang dah cuba dan ketagih dengan budu ni. So kalau siapa yang minat budu teruskan minat anda hehehe.. Amalkan gaya hidup sihat ok.

Raja Lepak

Read Previous

Citarasa Tahun Baru Starbucks

Read Next

Aksi power waiter Mamak bukan kaleng-kaleng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *