Port lepak makan hipster di Terengganu

Hai korang, again hari ini posting baru untuk list tempat makan hipster. So kita dah pusing hampir seluruh semenanjung jadinya tinggal beberapa lagi. Hari ini kita akan ke Terengganu pulak, satu lagi lokasi Pantai Timur yang awesome dengan makanan dan lokasi menarik.

Related image
Kredit: lokalocal.com

Min kalau ke Terengganu tak sah kalau tak makan ICT (Ikan Celup Tepung), Losong, Nasi Dagang, Nasi Minyak uhhhhh sedapnye lah. So kita dah biasa dengan makanan Terengganu dan tahu mana lokasi yang best kan jadinya kali ini kita nak kongsikan lokasi hipster pulak yang best buat port lepak, makan, santai kat area Terengganu ni. So tak nak bebel panjang lebar jom baca senarai ni.

1. Oliva Cafe

Image result for Oliva Cafe terengganu
Kredit: Tripadvisor

Oliva Cafe yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman ini menawarkan aneka pilihan makanan barat yang katanya sedap dan enak. Ada berbagai jenis hidangan, dari stik, pasta ke burger, semuanya merupakan sajian pilihan pelanggan yang berkunjung ke kafe ini.

Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Crab Spaghetti, Fish and Chips dan Beef Burger. Portion makanannya juga dikatakan sangat memuaskan dan kuantitinya boleh sangat mengenyangkan.

2. Gudang Makang

Image result for Gudang Makang terengganu
Kredit: Wanikiter

Gudang Makang merupakan lokasi menjamu selera yang konsepnya memang seperti kilang makanan kerana di sini terdapat berbagai jenis gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan, pencinta makanan pastinya rambang mata dan menyukai tempat ini.

Dari makanan Barat ke makanan tempatan, hidangan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Berkonsepkan santai, medan selera ini juga cukup sesuai untuk anda singgah jika anda ingin makan sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai.

3. On The Way Kopitiam

Image result for On The Way Kopitiam terengganu
Kredit: Our Journey

Luaran seperti kafe hipster tetapi jati diri kulinari kafe ini masih selera tempatan. Biasanya kafe hipster pasti akan menghidangkan menu yang berasaskan makanan Barat namun, On The Way Kopitiam cukup terkenal dengan senarai menu sajian tempatan.

Kafe ini menyajikan kepelbagaian makanan-makanan yang cukup popular di Terengganu seperti laksam, laksa Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, menu shaved ice dessert turut dihidangkan di sini. Ada berbagai jenis dan rupa dan popular dalam kalangan pelanggan.

4. Qawa Coffee

Image result for Qawa Coffee terengganu
Kredit: Travelmalaysia.me

Kalau anda penggemar kopi,  wajib serbu kafe Qawa kafe yang merupakan antara port kafe hipster yang cukup terkenal di Kuala Terengganu, kafe yang turut digelar kafe kontena ini menyediakan lebih 60 jenis kopi yang semuanya umphh dan kaw.

Selain kopi kafe Qawa Coffee turut menyediakan makanan berat dan pencuci mulut. Sambil lepak minum kopi yang memang pekat dan kaww, bolehlah anda mencuba makanan di sini sekali yang juga menyelerakan dan mengenyangkan.

5. Rahsia Kitchen

Related image
Kredit: Says.com

Singgah ke Rahsia Kitchen anda pastinya akan kagum dengan menu-menu yang dihidangkan di sini. Jika kebiasaannya restoran hipster menghidangkan makanan Barat seperti Chicken Chop atau Fish and Chips sahaja tetapi di Rahsia Kitchen anda berpeluang merasa makanan dengan twist tersendiri.

Bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru singgah sahaja di Rahsia Kitchen dan cubalah menu-menu seperti Chicken Roulade, Pomodoro dan Carbonara. Jika masih inginkan Fish and Chips dan Chicken Chop  Menu tersebut juga ada dihidangkan di Rahsia Kitchen.

6. Star Anise Café

Image result for Star Anise Café terengganu
Kredit: felicia.grace

Kafe Star Anise ini merupakan satu lagi lokasi ideal untuk pencinta kopi. Ada beberapa jenis kopi yang dihidangkan di sini, antaranya espresso, americano, mocha dan latte.

Kepekatan kopi di sini dan aromanya yang harum menjadi punca utama ianya digemari. Ada pelanggan yang berkongsi review selepas mereka berkunjung ke sini dan menyatakan bahawa kopi di Kafe Star Anise agak manis namun tidaklah terlampau.

7. Gossip Kitchen

Image result for Gossip Kitchen terengganu
Kredit: OpenRice

Gossip Kitchen merupakan satu lagi restoran hipster yang menghidangkan makanan Barat . Seunik namanya, kafe ini menawarkan sajian yang enak dan pada masa sama konsep santai supaya olehlah nak bergosip-gosip (ikut namanya lah).

Antara menu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Cordon Bleu Chicken dan Chicken Chop. Hidangan yang bersaiz besar ini pasti mengenyangkan dan menyelerakan.

8. The Syrup VS Soda

Related image
Kredit: Tripadvisor

Sebuah lagi kafe yang menawarkan makanan barat yang enak, menyelerakan dan pelbagai. Membawakan konsep moden kafe ini mempunyai senarai menu yang boleh membuatkan anda teruja.

Sebut sahaja jenis makanan yang anda mahu  daripada stik, pasta burger, bebola daging, ke snek, semuanya ada. Minumannya juga berbagai, ada teh tarik, milo, jus buah, ice blended dan banyak lagi.

Yang paling menarik, makanan di sini juga kuantitinya banyak malah jangan terkejut kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Ok korang semoga senarai ini boleh jadi panduan untuk korang lepak kalau singgah ke Terengganu nanti. Jangan lupa kalau ada rekomendasi lagi leh tinggalkan kat ruang komen tu yer mana tahu boleh min explore jugak.

Raja Lepak

Read Previous

Bagaimana Cara Untuk Menjadi Youtuber

Read Next

Citarasa Tahun Baru Starbucks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *