Lemah tenaga batin, punca dan rawatan

Hai guys, apa khabar? So macam mana hari-hari cuti korang? Banyak buat aktiviti bermanfaat tak? Haa setelah min berehat juga dua hari ini min rasa nak kongsi sesuatu tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh golongan lelaki. Bukan apa haritu masa lepak dengan kawan-kawan adalah berborak pasal perkara ni.

Korang tahu tak apa masalah yang orang lelaki cukup takut? Haaa kalau nak tahu lelaki cukup takut kalau mereka ni lemah tenaga batin. Perkara ni sebenarnya agak malu untuk lelaki suarakan tapi min nak kongsilah, kot-kot membantu kan.


Masalah lemah tenaga batin atau istilah kebiasaannya “mati pucuk” merupakan musuh utama kaum lelaki. Mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra), Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kolesterol tinggi – mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka. 

Setakat ini tiada cara yang formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism prolactinoma.Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit ‘peripheral vascular’.

Kaedah yang berkesan untuk membezakan pesakit mengalami ED secara organik atau psikologi ialah mengetahui sama ada pesakit pernah mengalami ereksi atau tidak. 

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosteron boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosteron, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:

1. Rawatan Oral

3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum seks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.

2. Alprostadil

Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.

3. Pam hampagas zakar

Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.

4. Rawatan hormon

Image result for hormone treatment

Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.

5. Pembedahan

Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.

6. Khidmat nasihat

Image result for meet doctor

Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.

Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalui pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur dan mahal.

Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri.

Dalam beberapa kes terdapat masalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan. 

Raja Lepak

Read Previous

Port Lepak Hipster kalau singgah Kelantan

Read Next

Gunung-gunung paling seram di Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *