Macam-macam cara orang sekarang ni nak jana pendapatan. Nak buat duit senang jer. Kalau korang ada bakat atau tabiat pelik pun, korang dah boleh buat duit dah. Itu pun kalau ada laa. Kalau takde korang kerja jer laa makan gaji macam biasa.
Kalau korang ada bakat makan macam Abang Bob pun, no problem. Boleh buat video mukbang. Tapi itulah, sebab kekangan masa tak sempat nak buat tu semua.
Macam kisah seorang wanita ni, disebabkan dia mempunyai tabiat pelik iaitu suka menyimpan kuku panjang, so dia jadikan tabiat tu sebagai satu kelebihan untuk jana pendapatan. Wanita tersebut, Arinda Storm Weaver ni asalnya bekerja sebagai seorang akauntan kat sebuah syarikat pembuatan. Tapi pada tahun 2006, dia telah disahkan menghidap kanser payudara.
Baca artikel ini: Indonesia Berjaya Hasilkan Durian ‘Botak’ Tanpa Duri
Disebabkan terlalu sedih, Arinda mula menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan pewarna kuku yang berwarna-warni untuk kelihatan cantik. Tapi ntah macam mana, bila dia upload gambar kuku dia kat laman sosial, ramai yang suka dan tertarik. Tapi ada masalah juga sebab kuku kakinya yang panjang dan melengkung menyebabkan Arinda sukar untuk memakai kasut.
Tetapi, masalah itu tidak melunturkan semangat Arinda untuk terus menggemari hobi tersebut. Arinda kemudiannya berhenti kerja dan menjual video mengenai kuku dan tangannya selepas mendapat pelbagai komen di laman sosial.
“Saya menyertai komuniti kuku dan mendapati saya boleh buat duit daripada tabiat ini. Jadi saya biarkan saja kuku saya panjang. Dalam sebulan Arinda mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$3,000 (RM12,996) hingga AS$6,000 (RM25,992) Kuku kakinya yang unik menjadikan ia lebih popular berbanding kuku tangan.
Haish! Korang rasa cantik ke tu? Hahah! Abang Bob tengok naik geli-geleman. Tapi tak kisahlah, dan itu minat dia. Korang pun kalau ada minat pelik yang bukan-bukan, jangan malu bagi tahu Abang Bob ok.
Baca artikel ini: Mahalnyer! Dim Sum Termahal Di Dunia Berharga RM2,070 Sebiji