Mahalnyer! Dim Sum Termahal Di Dunia Berharga RM2,070 Sebiji

Kemungkinan besar ramai yang terkejut dan menggaru mata mereka berulang kali apabila melihat harga dim sum ini mencecah RM2,070. Bukan korang jer terkejut, Abang Bob pun sama! Amatlah mahal sangat harga dim sum tu?

Dengan harga yang mahal, adakah korang masih sanggup untuk memakan dim sum ini apabila korang melihat kandungan dim sum tersebut? Dim sum biru, yang diberikan nama Dim Sum Berlian Biru ini merupakan keluaran eksklusif Yumbau, sebuah syarikat dari Jerman. Dim Sum Berlian Biru merupakan dim sum termahal di dunia.

Apakah yang menjadikan dim sum ini sangat mahal? Adakah kerana warna biru dim sum tersebut? Tidak, jawapan sebenar untuk harga dim sum ini terletak pada bahan-bahannya.

Dim sum ini mengandungi bahan yang mahal ataupun sukar ditemui. Bahan-bahan untuk dim sum ini ialah cendawan ulat, safron, trufel (cendawan yang tumbuh di bawah permukaan bumi dan digunakan sebagai makanan), serbuk beri biru, boletus edulis (salah satu jenis cendawan) dan akhir sekali, ayam Silkie.

Baca artikel ini: 7 Kebaikan Kulit Ayam Yang Ramai Tak Tahu Baik Untuk Kesihatan

Ayam Silkie ini mempunyai tulang dan daging yang berwarna hitam. Bulu ayam tersebut pula berwarna putih lembut ataupun hitam. Ayam Silkie ini merupakan makanan istimewa yang digunakan dalam masakan Asia dan ayam ini sebenarnya berasal dari negara China.

Setelah tukang masak selesai menyediakan dan memasak bahan-bahan untuk membuat dim sum eksklusif ini, mereka akan menggaul bahan tersebut dalam satu mangkuk untuk membuat inti dim sum tersebut.

Doh untuk dim sum ini pula digulung supaya ketebalan doh itu menjadi satu milimeter sahaja dan dipotong untuk dijadikan bulatan.

Spirulina (alga yang berkhasiat untuk kesihatan) asli ditambah ke doh dim sum tersebut supaya dim sum ini menjadi warna biru. Dim sum ini dibuat menggunakan bahan-bahan yang segar sahaja.

Kesimpulannya, dim sum ini telah mencipta rekod di Rekod Dunia Guinness sebagai dim sum termahal di dunia. Walaupun begitu, kemungkinan besar ramai yang akan mengelak daripada mencuba dim sum ini kerana inti dim sum tersebut.

Baca artikel ini: Patut Orang Jepun Suka Sangat Ratah Snek Edamame

Raja Lepak

Read Previous

Legend! 10 Biskut Raya ‘Otai’ Yang Tiada Tandingan

Read Next

Suka Simpan Kuku Panjang, Tabiat Pelik Bantu Wanita Ini Jana Pendapatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *