Semua yang hidup pasti akan mati suatu hari nanti kalau dah sampai waktunya. Untuk sesetengah masyarakat, proses pengkebumian tu adalah berbeza-beza mengikut agama dan budaya.
Ada sesetengah budaya, bila berlaku kematian, mayat tersebut akan diletakkan ke dalam keranda khas. Tapi kat Ghana, ada seorang pembuat keranda telah mencipta nama bila keranda rekaannya mendapat perhatian ramai orang.
Bukan apa, sebab keranda yang dibuat olehnya kelihatan unik dengan rekaan pelbagai bentuk mengikut keinginan para pelanggannya. Sebab hasil pembuatan kerandanya yang kreatif tu, pembuat keranda tersebut, Paa Joe mula menjadi terkenal kat negaranya.
Baca artikel ini: Pakai Krim Tiruan, Wanita Bertukar Jadi Hijau
Memang unik betul Abang Bob tengok bentuk keranda yang dia buat tu. Macam-macam bentuk ada. Mungkin permintaan bentuk keranda tu ada kaitan dengan kehidupan si mati kot. Korang tengok laa beberapa bentuk keranda unik ni.
Kalau korang nak tahu, Paa Joe mula membuat keranda sejak dia berusia 16 tahun lagi. Dia mula jadi bualan ramai selepas kepakarannya membuat keranda pelbagai bentuk jadi bualan ramai.
Antara rekaan keranda unik yang mencuri perhatian ramai ialah keranda berbentuk kasut Nike, botol minuman Coc-Cola, Cili dan Singa.
Sebab hasil keranda yang unik itu, Paa Joe pernah dikunjungi beberapa individu berpengaruh seperti Kofi Anan dan Bill Clinton.
Kata Paa Joe, masyarakat kat Ghana sememangnya sangat meraikan kematian. Sebab tu kat sana, bila ada satu-satu kematian, ia akan dirai dengan meriah demi orang yang akan meninggalkan keluarga dan rakan-rakan.
Baca artikel ini: Tradisi Letak Bantal Atas Peti Sejuk Untuk Bawa Tuah