Kepada korang yang ingin merasai pengalaman sebenar VR, lepas PKP nanti Hamka syorkan korang ke Resort World Genting yang kini tampil dengan pengenalan permainan SkyVR.
Permainan ini akan menawarkan pengalaman yang menakjubkan di mana korang boleh melihat, mencuba dan meneroka ke dalam satu perjalanan yang melangkaui imaginasi. Ia merupakan VR terkini yang terbaik di Asia.
Di SkyVR setiap permainan adalah satu pengembaraan yang menakjubkan sesuai untuk bermain seisi keluarga yang menawarkan lima pengalaman menakjubkan dalam VirtuGlobe, XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR
1. XD Theatre
XD Theatre merupakan permainan berasaskan simulator pelbagai sensor yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia mampu menampung 32 pengunjung untuk merasai pengalaman interaktif yang membawa mereka ke satu dunia baharu.
Umpamanya alam lanun penuh dengan raksasa ganas di mana semua orang perlu bekerjasama menangkis serangan dan menewaskan penjahat. Had ketinggian minimum permainan ini adalah 90 sentimeter. Permainan ini dibangunkan TrioTech dari Kanada dan adalah tarikan terbesar seumpamanya di Malaysia.
2. VirtuGlobe
Permainan ini merupakan hasil ciptaan VirtuGlobe Inc apabila pengunjung boleh melangkah masuk ke dalam persekitaran VR yang bebas pergerakan.
Korang bebas menentukan pengalaman mengikut cita rasa masing-masing. Dicipta Ray Latypov di Amerika Syarikat, VirtuGlobe yang asalnya dikenali Virtusphere adalah teknologi yang digunakan pihak ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai persekitaran.
NamunVirtuGlobe, ia terhad untuk ketinggian 130 hingga 200 sentimeter dan mempunyai berat antara 35-130 kilogram sahaja!
3. Vortex
Vortex merupakan permainan berasaskan pergerakan platform apabila pengunjung akan dipasang tali ikat pada konsol tengah dan dibekalkan senapang laser.
Dibangunkan syarikat Brogent dari Taiwan, Vortex mampu menampung 12 penumpang untuk menaiki roller-coaster yang mencabar dengan persembahan grafik ultra-realistik sambil merasai getaran pada platfom dan aksi di skrin.
Tampil antara yang pertama di Asia, Vortex dibuka untuk semua pengunjung yang memiliki ketinggian 100 hingga 195 sentimeter.
4. RoboCoaster
RoboCoaster pula yang dicipta oleh syarikat Sangwha di Korea Selatan mampu memuatkan sehingga empat pengunjung, mereka akan mengembara menaiki VR roller-coaster ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini.
Ia penuh dengan struktur menakjubkan dan makhluk aneh yang boleh dilihat secara 360 darjah. Pengunjung perlu memiliki ketinggian 130 hingga 190 sentimeter untuk merasai pengalaman menaiki RoboCoaster.
5. SkyGlider VR
Akhir sekali, buat korang yang ingin terbang melayang seperti seekor burung helang, maka SkyGlider VR adalah jawapannya.
Menggunakan kerusi yang boleh diikat, rasai kehebatan meluncur menggunakan para-peluncur sambil melihat dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter di udara.
Menarik bukan, nanti siapa ada pakat nak mai pi lepas PKP, jangan lupa ajak Hamka ya!
Artikel berkaitan
‘Terbang’ Di Sungai Congkak? Rugi Kalau Tak Cuba!
Ramai Tak Tahu, Port Dickson Ada ‘Port’ Snorkeling Setanding Pantai Timur Dan Sabah