Ramai Tak Tahu, Port Dickson Ada ‘Port’ Snorkeling Setanding Pantai Timur Dan Sabah

Ramai di antara kita hanya mengetahui aktiviti air seperti snorkeling dan selam skuba seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur dan Sabah namun korang pasti tidak tahu kan Port Dickson juga mempunyai kawasan untuk aktiviti air.

Sebenarnya, di Port Dickson ada lebih daripada itu yang ditawarkan di kawasan yang lebih dikenali sebagai Tanjung oleh penduduk tempatan.

Port Dickson kini bersih sejak tahun 2013 selepas aktiviti pemuliharaan secara intensif dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS). Terdapat lebih 20 jenis karang hidup subur di sini.

Terdapat 46 spesies terumbu karang telah direkodkan di kawasan Port Dickson yang mana sebahagiannya terdapat jenis terumbu yang banyak ditemui di pulau negeri pantai timur dan Sabah.

Terumbu karang di sini banyak terdapat di kawasan Monkey Bay dan Lagun Biru, Tanjung Tuan sehingga hotel lima bintang, Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, meliputi jarak sepanjang kira-kira 4.2 kilometer.

Lagi menarik aktiviti di sini, korang tidak perlu memiliki peralatan snorkeling atau menyelam skuba pun untuk melihat terumbu karang, disebabkan ia tumbuh tidak jauh dari permukaan air di pesisiran pantai berkenaan.

Kredit : i tourism

Bagi korang yang mahukan aktiviti snorkeling di sini, boleh datang sendiri atau melalui pakej yang ditawarkan hotel penginapan. Kawasan yang menjadi famous untuk aktiviti air di sini ialah di Monkey Bay dan kawasan di sekitar Blue Lagoon ketika air pasang kecil (air jernih waktu itu).

Bukan sahaja tarikannya pada pelbagai jenis terumbu karang, malah kawasan di sini juga meriah dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan GT (gerepoh), kerapu pisang atau sonoh (coral trout), selar dan yu sirip hitam.

Kredit : Bernama

Maka, peminat aktiviti snorkeling dan selam skuba di sekitar Lembah Klang tidak perlu pergi jauh untuk menghayati hidupan laut, Port Dickson pun dah cukup! Menarik bukan.

Jadi, bagi sesiapa yang ada plan nak ke Sabah tapi punah plan disebabkan PKP, korang boleh pergi ke sini dulu bila tempoh PKP habis nanti. Save budget dan sangat berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan
10 tempat percutian ’rare’ di Kedah
Saloma Link tempat baru ‘OOTD’ terbaik di Kuala Lumpur

Raja Lepak

Read Previous

KLSC ‘Cipta’ Kemudahan Riadah Taraf Antarabangsa

Read Next

Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *