Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Yang bukan-bukan jer Mat Salleh ni. Ntah fahaman mana dia belajar pun Abang Bob tak tahu. Tapi biarlah, dah dia percaya dengan mewarnakan seluruh badan jadi kaler biru menjadikan dia lebih yakin, so teruskan jer laa.

Kisahnya, ada sorang pemuda kat Kanada ni telah bertindak mencacah tatoo berwarna biru kat seluruh anggota badannya, termasuk muka! Tujuannya, dia dakwa tindakan aneh tu membantunya untuk menjalani kehidupan yang lebih enjoy dan positif.

Pemuda tersebut, Donnie Snider yang merupakan seorang bekas pemandu forklift dari Scarborough, Ontario, Kanada. Dia mula mewarnakan seluruh tubuhnya sedikit demi sedikit dari hujung kaki hingga hujung kepala dengan warna biru sejak 3 tahun lalu.

Abang Bob tengok dah serupa macam karakter kartun Smurf dah bila seluruh badannya berwarna biru.

Memula Snider cuma buat kat bahagian kakinya sahaja dengan tatoo berwarna biru. Bila dah siap, dia jatuh hati pula sebab katanya cantik.

Baca artikel ini: Ajaib! Lelaki Hilang Ingatan Sembuh Lepas Tengok Berita COVID-19

Alasan lain yang Snider beri untuk mencacah tatoo berwarna biru kat seluruh tubuhnya ialah, tindakan tu dapat membina keyakinannya dan menjadikan dia berasa lebih selesa.

Sebelum ni Snider mengaku dia seorang yang sangat pemalu dan susah nak berdepan dengan masyarakat. So bila dia dah berubah menjadi ‘biru’, tiba-tiba dia berasa lebih yakin dan seolah-olah telah menjadi dirinya yang sebenar.

Tapi, dia tetap ada masalah bila dah bertukar jadi biru. Snider cakap, sekarang ni dia susah nak mencari pekerjaan sebab semua tempat yang dia pergi untuk mencari kerja, sukar untuk menerima keadaannya yang berwarna biru.

Sebab susah sangat nak dapat kerja, sekarang ni Snider mencari pendapatan dengan menjadi selebriti di Instagram selain menjual barangan perhiasan diri.

Oklah tu, at least dia ada pilihan untuk buat sesuatu yang mendatangkan hasil. Daripada duduk saja-saja tak buat apa.

Cuma satu jer, Snider berharap masyarakat tak memandangkan dengan pandangan negatif dan menganggap dia sebagai penjenayah. Korang yang nak kenal dengan Snider boleh lawat kat IG dia di @Trism_Driver ok.

Baca artikel ini: Menakjubkan! Rumah Agam Atas Puncak Bangunan 34 Tingkat. Tapi Sayang…

Raja Lepak

Read Previous

Ramai Tak Tahu, Port Dickson Ada ‘Port’ Snorkeling Setanding Pantai Timur Dan Sabah

Read Next

‘Terbang’ Di Sungai Congkak? Rugi Kalau Tak Cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *