‘Terbang’ Di Sungai Congkak? Rugi Kalau Tak Cuba!

Aktiviti lasak terutama yang membabitkan ketinggian seperti ‘flying fox’ membolehkan peserta menempuh pengalaman meluncur di udara dengan tali keselamatan yang disangkut pada kabel. Inilah yang membuatkan Damak tak suka duduk diam ketika PKP ini.

Jadi, hari ini aku nak berkongsi pengalaman flying fox di tepi sungai. Damak pasti rata-rata pembaca Damak tahu Hutan Lipur Sungai Congkak tapi mesti korang terkejut, bukan? Sebenarnya di kawasan yang terkenal dengan perkelahan ini ada aktiviti flying fox.

Kredit :gogokids

Seorang rakan Damak memberitahu diriku bahawa kini hutan rekreasi yang popular di daerah Hulu Langat itu menawarkan sukan lasak Skytrex berkonsepkan alam semula jadi.

Istimewanya, pusat kegiatan ekstrem itu mempunyai lebih banyak elemen meluncur berbanding aktiviti sama di tempat lain, malah lokasinya dalam kawasan hutan hujan tropika hijau dan tenang serta tarikan Sungai Congkak yang mengalir di bawah laluan rintangan aktiviti membuatkan aku teruja dan tak sabar nak lakukan aktiviti di sini

Kredit : The Vocket

Terus ingin mencuba sebaik tahu mengenainya dan difahamkan ‘flying fox’ yang ditawarkan juga dikatakan sejauh 110 meter, tetapi membabitkan 25 halangan berbeza dan ia mengambil masa sejam setengah untuk melengkapkan keseluruhan halangan yang ada.

Tentang halangan pula, ia berbeza mengikut keunikan setiap cawangan yang ada, tapi di Sungai Congkak, mereka banyak flying fox, kerana mereka nak pengunjung merasai kenikmatan ketika terbang merentasi sungai itu. Antara halangan lain yang terdapat di Sungai Congkak seperti Ladder up, Monkey Bar, Hug Pipe, Fish Bone dan Step Bridge.

Memang terbaik sukan lasak di sini. Jika korang ingin merasai nikmat ‘terbang’ merentasi pokok hutan dan sungai, wajib datang sini menghabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan aktiviti ini bersama beberapa rakan atau keluarga korang.

Kredit : gogokids

Sebelum melakukan sebarang aktiviti Damak dan dua orang rakan Damak diberi penerangan mengenai langkah menjaga keselamatan, malah setiap arahan mesti dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

Kami meluncur dari pokok ke satu pokok yang turut dijadikan stesen pelepasan. Setiap stesen ini terdapat pelantar bagi memudahkan peserta meluncur menggunakan tali sebelum berpindah ke stesen seterusnya

Tahap keselamatan yang tinggi diwujudkan supaya peserta lebih selesa dan yakin ketika menyertai cabaran yang disediakan membolehkan sesiapa saja melakukan aktiviti meluncur dengan tali dari kawasan tinggi, boleh menikmati pemandangan indah termasuk merakam gambar tau.

Selain meluncur, kami juga perlu melalui halangan lain yang agak mencabar seperti memanjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan menggelungsur. Bagi aku sendiri, pengalaman ini secara tidak langsung menguji tahap keberanian dan meningkatkan sifat keyakinan diri.

Kredit : FMT Today

Persekitaran di Hutan Lipur Sungai Congkak sangat menenangkan sehingga rasa penat dan tekanan terhadap pekerjaan serta masalah lain dapat dihilangkan. Aku dan rakan-rakan berpeluang menikmati panorama hijau yang mengasyikkan dari pelantar.

Dengan melakukan cabaran sebegini seronok, Damak dapat menjejak denai dari ketinggian yang tak pernah dilalui di samping dapat menikmati pemandangan yang hijau serta sungai yang mengalir yang membuatkan Damak bersyukur kita masih memiliki alam semula jadi yang cantik.

Selepas PKP ini, pastikan korang pergi ke sini tau khususnya buat mereka yang minat “flying fox”. Bila korang dah pergi sini, pasti nak datang mencuba lagi.

Artikel berkaitan
Saloma Link tempat baru ‘OOTD’ terbaik di Kuala Lumpur
Respect! Warga emas ‘abadikan’ MH370 atas bumbung rumah

Raja Lepak

Read Previous

Smurf Ke Ni? Lelaki Cacah Seluruh Tubuh Dengan Tatoo Biru Untuk Bina Keyakinan

Read Next

Lepas PKP Wajib Pergi! 5 Port Food Court ‘Hipster’ di Kuantan Untuk Anda ‘Chill’ Dan Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *