Kita mungkin sudah biasa dengan hari-hari khas yang disambut seluruh dunia seperti Hari Wanita Sedunia, Earth Hour dan banyak lagi sambutan disambut dengan cukup meriah.
Namun tahukah anda terdapat satu lagi sambutan yang amat ditunggu-tunggu pada hari ini, 13 Mac 2020, iaitu Hari Tidur Sedunia (World Sleep Day)?
Tahukah anda semua tentang kewujudan Hari Sedunia hari ini? Ya memang betul-betul bukan cubaan tau guys, memang wujud!!. Hamka tak tipu punya, tunang Hamka tadi baru wish dekat Hamka tentang Hari Tidur Sedunia.
Dan bila Hamka tahu benda ini, terus rasa nak sambung tarik selimut. Ini pun Hamka buat artikel ini sambil baring-baring di atas katil. So, Hamka minta maaf awal-awal dulu guys sebab Hamka rasa mungkin pendek penulisan Hamka hari ini. Ini pun bantal dah memanggil-manggil suruh sambung tidur.
Hari Tidur Sedunia ini diadakan pada Hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox yang berlaku setiap tahun dan pada tahun ini ia jatuh pada 13 Mac, hari Jumaat pula tu. So, ada sesiapa dekat sini yang dah isi boring cuti ke tu?
Acara ini diwujudkan dan sebenarnya telah berlangsung pun setiap tahun yang bertujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.
Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai “World Sleep Day Committee of World Sleep Society”, dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.
Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.
Nampak macam remeh tapi ramai yang tidak sedarkan tentang kepentingan dan manfaat bila kita tidur cukup. Oleh itu, korang jangan lupa berusaha bagi mendapatkan tidur yang mencukupi. Take a good care of yourself okay…Selamat Hari Tidur Sedunia buat pembaca Raja Lepak
Jadi, Hamka nak sambung tidur dulu guys!!!…bye bye semua….
Artikel berkaitan:
Kenduri kahwin sediakan ‘hand sanitizer’ buat tetamu demi elak koronavirus
Pengantin India pilih busana Melayu sehingga diiktiraf Malaysia Book of Records