Korang Suka Yang Mana? Apa beza Asam Pedas Johor dan Asam Pedas Melaka?

Haritu, kawan Abang Bob masa sama-sama keja dulu suruh laa Abang Bob bawak dia jalan-jalan kat Melaka. Sebabnya Abang Bob  ni pun asalnya memang orang Melaka hawau! Ehh! Hahaha. Alah padahal kawan tu orang Johor jer pun berjiran jer dengan Melaka.

Mengada-ngada suruh bawak dia berjalan. Dah alang-alang dia ke Melaka tu, dia pun teringin laa nak pekena masakan asam pedas Melaka. Oklah ikutkan jer. So Abang Bob bawak laa dia kat salah sebuah restoren masakan asam pedas Melaka terkenal ni.

Oklah kitaorang order asam pedas ikan pari, asam pedas ikan tenggiri dengan asam pedas tetel. Fuhh! Tapi, si member jadah ni pulak tak sudah-sudah dok komplen tak sedap laa, tawar laa. Siap dok banding asam pedas Johor lagi sedap.

Eeeee! Rasa nak hempuk jer dengan pinggan. Abang Bob cakap laa, lain tempat lain laa caranya. Lagi pun masakan asam pedas Melaka memang tak sama pun dengan masakan asam pedas Johor.

Bahan-bahan yang digunakan pun berbeza, so nak kecoh kenapa? Meh sini Abang Bob kasi tahu apa perbezaan antara asam pedas Melaka dengan Johor.

Asam pedas Melaka, bahan yang digunakan ialah bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serbuk kunyit hidup, belacan, halba, cili kering kisar dan air asam jawa.

Korang kalau tak kenal jugak bahan-bahan ni, korang masuk sekolah balik la. Tua-tua pun tak tahu. Sama macam member Abang Bob tu!

Tapi, untuk asam pedas Johor, bahan yang digunakan ialah halia, cili kering kisar, bawang putih, bawang merah, serai dititik, belacan atau udang kering, kunyit serbuk atau kunit hidup dan air asam jawa. Apa bezanya sama jer. Beza kat sini ialah, asam pedas Johor diaorang gunakan halia, serai, udang kering. Nampak tak? Kalau salah mintak ampun. Hahahaha!

Untuk kuah pulak, asam pedas Melaka lagi cair berbanding asam pedas Johor yang lebih pekat. Korang prefer yang mana? Kuah cair ke pekat? Kalau ikut selera Abang Bob, abang lagi suka kuah cair kot. Bukan sebab iols orang Melaka tau! Tapi sebab kalau kuah cari rasanya tak berapa strong.

Perbezaan lain ialah, asam pedas Johor dia guna daun kesum. Kenal? Yang orang letak dalam kuah laksa tu. Kalau tak kenal sila google, sekian. Manakala asam pedas Melaka dia menggunakan daun limau purut, sebab tu baunya lain.

Daripada segi rasa pulak, asam pedas Johor rasanya lebih ringan. Maksudnya kat sini, rasanya tak berat. Hahahaha. Korang faham-faham sendiri laaa. Manakala asam pedas Melaka rasanya kuat dan pekat.

Asam pedas johor dia ada letak sawi jeruk, tapi asam pedas Melaka selalunya kosong, Cuma letak bendi atau terung jer.

Daripada segi warna pulak, kuah asam pedas Johor lagi merah menyala, manakala asam pedas Melaka agak cair, lebih keperang-perangan.

So nampak tak perbezaannya kat situ? Dah nama negeri pun lain, Melaka dengan Johor, dah tentu laa rasa nak bentuk masakan tu berbeza. Sedap tak sedap tu belakang kira. Beza laksa utara dengan laksa Sarawak korang tak nak bising lak. Hahaha! Dah laa mencik!

Baca juga artikel ini
Memang Terangkat Habis! 7 Masakan Istimewa Orang Jawi Peranakan Penang!
Mengidam nak makan masakan ala Cina? Nah 5 restoran masakan Cina Muslim tersedap

Raja Lepak

Read Previous

Masakan ‘Jawaworld’ memang terbaik! 8 masakan tradisi orang Jawa Malaysia

Read Next

Biar benar! Rupanya Wujud Hari Tidur Sedunia Yang Diraikan pada Hari ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *