Macam tak logik dek akal Hamka ada manusia yang tidak dapat membezakan tumbuhan sebenar sehinggakan ada yang melihat tumbuhan palsu itu merupakan tumbuhan sebenar.
Namun perkara itu wujud dan terjadi apabila terdapat seorang wanita di Amerika Syarikat tidak menyangka pokok Sukulen yang ditanamnya sejak dua tahun lalu rupa-rupanya adalah pokok palsu.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut, Caelie Wilkes yang meluahkan perasaannya itu melalui Facebook baru-baru ini yang kini tular di media sosial.
“Saya sangat berbangga dengan pokok ini. Warnanya cantik dan sangat sempurna berbanding semua tanaman lain.
“Saya menyiramnya setiap hari. Jika ada seseorang yang mahu menyiramnya, saya akan sangat pertahan daripada disiram kerana saya mahu pokok ini terjaga,”tulisnya.
Pada mulanya, dia tidak menyedari pokok tersebut palsu namun sehinggalah pada suatu hari, dia mahu menukar pasu pokok dan mula menjumpai ‘sesuatu’ yang membuatnya terkesima.
“Saya nak tukar pasu yang lebih comel untuk pokok itu namun tidak disangka pokok Sukulen itu hanya ditanam bersama bahan Styrofoam yang digam bersama lapisan tanah di atasnya.
“Saya telah jumpa yang terbaik untuk menjaganya rupanya ia pokok plastik. Macamanalah saya tak tahu. Saya rasa seolah-olah dua tahun ini saya telah ditipu,” luahnya.
Luahan hatinya itu mendapat ribuan share di Facebook dan menerima pelbagai respon daripada netizen sehingga dia turut menjadi bahan berita di beberapa agensi media di seluruh dunia.
Namun, walaupun dia lebih dijadikan bahan jenaka tetapi kini dia telah menerima pelbagai koleksi pokok Sukelen daripada The Home Deposit dan yang pasti, pokok baharu itu adalah real.