Hantu Mulut Robek Kat Jepun. Kenapa Mulut Dia Boleh Terkoyak?

Abang Bob paling suka kalau bercerita bab hantu ni. Sebab Abang Bob memang obsess pasal cerita-cerita mistik dan menyeramkan.

Tapi bukanlah Abang Bob nak minta dapat jumpa dengan makhluk ni, alahaiii minta simpang! Tapi Bob tertanya-tanya, kenapa yer kalau hantu mesti gambaran dia wajah menyeramkan, menakutkan, berwajah buruk.

Tak ada ke hantu muka yang cantik? Macam Maya Karin kat dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam takpun muka macam Fazura ke dalam Filem Dendam Pontianak?

Ini ada lagi satu kisah hantu menyeramkan kat Jepun guys. Namanya ialah Kuchisake Onna, iaitu jelmaan hantu yang digambarkan dengan keadaan mulut terkoyak dan wajah menyeramkan.

Hantu Kuchisake Onna merupakan legenda hantu popular Jepun pada zaman moden yang menghantui masyarakat kat sana terutama pada waktu malam.

Kalau korang nak tahu, hantu Kuchisake Onna ni dikatakan sebagai jelmaan seorang wanita yang bermulut robek sehingga ke telinga akibat dikelar. Boleh bayangkan tak guys keadaan mulut yang dikelar terkoyak sehingga ke telinga? 

So, hantu ni digambarkan sering menutup mulutnya dengan memakai topeng penutup mulut yang sama digunakan oleh doktor semasa melakukan pembedahan.

Haaa! Tengah-tengah musim koronavirus ni, kalau korang nampak orang pakai topeng penutup mulut tu jangan pula ingat dia hantu mulut robek, kang tak pasal-pasal mulut korang pula yang dirobeknya.

Lokasi yang biasanya hantu ni akan muncul ialah kat jalan-jalan yang gelap dan sunyi. Apa yang menakutkan kat sini, mangsa yang terserempak dengan hantu mulut robek ini pasti akan mati sebab dibunuh kalau korang cakap ‘tak cantik’ lepas korang melihat wajah sebenar hantu tersebut. Ok part yang ini kelakar sebenarnya. Demand pula ek?

Mengikut kisah, hantu Kuchisake Onna ni ada banyak versi. Menurut cerita, pada zaman dahulu hantu Kuchisake Onna ni adalah seorang wanita muda dan cantik yang hidup sewaktu zaman Heian lagi iaitu sekitar tahun 794 hingga 1185.

Kalau ikutkan daripada cerita legenda kuno tu, Kuchisake Onna ni telah berkahwin dan merupakan isteri kepada seorang samurai terkenal kat Jepun.

Disebabkan wajahnya yang cantik, so ramai laa jantan-jantan gatal ni nak try si Kuchisake Onna ni. So nak dijadikan cerita, si perempuan ni pula jenis melayan dan telah mengadakan hubungan sulit dengan beberapa orang pemuda.

Rahsia kecurangan perempuan ni akhirnya terbongkar lalu si suaminya telah mengelar mulut di isteri menggunakan pedang samurai sehingga terkoyak.

Kematian isteri yang curang itu akhirnya telah menimbulkan kisah seram apabila ada beberapa orang penduduk kat sana pernah terserempak dengan jelmaan wanita dalam keadaan mulut yang robek dan menggelarnya sebagai Kuchisake Onna yang bermaksud hantu bermulut robek.

Kalau ikut versi moden lain pula ceritanya. Hantu Kuchisake Onna ni diceritakan sebagai seorang wanita yang ingin membalas dendam terhadap seorang doktor apabila secara tidak sengaja telah menyebabkan wajahnya cacat.

Disebabkan terlalu marah, wanita tu telah membunuh doktor tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri dan akhirnya menjelma sebagai hantu Kuchisake Onna dalam keadaan mulutnya yang robek.

Ada lagi satu versi guys, Abang Bob pun tak faham dah kenapa ada banyak siri. Hantu mulut robek ni adalah jelmaan seorang gadis cantik yang mati dirogol sebelum dibunuh.

Pembunuh yang jahat tu telah bertindak merobek mulutnya dengan pisau sehingga mati. Haishh! Walaupun kisah hantu mulut robek ni ada banyak versi, penduduk kat Jepun tetap percaya kewujudan hantu ni dan telah menjadi antara legenda paling menakutkan kat Jepun.

Amacam? Ada bran tak? Hahahaha! Kalau Abang Bob jumpa hantu ni, paling teruk pun Abang Bob pengsan jer kot. Korang tak payah nak acah-acah berani ek.

Raja Lepak

Read Previous

Dua tahun mati-mati ingatkan Pokok Sukulen hidup rupanya palsu

Read Next

Kemudahan parkir OKU diragut penunggang motosikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *