Kemudahan parkir OKU diragut penunggang motosikal

A picture containing building, road, person, outdoor

Description automatically generated
A picture containing building, outdoor, ground

Description automatically generated

Semua sedia maklum bahawa kemudahan parkir yang berlogo kerusi roda disediakan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) namun Hamka lihat segelintir rakyat Malaysia yang normal pun pentingkan diri menggunakan parkir mereka.

Namun Hamka lihat bukan sahaja kereta yang parkir situ malah penunggang motosikal juga mula melakukan tindakan seperti yang dibuktikan oleh seorang pengguna OKU di alam maya yang melahirkan rasa kecewa menyaksikan sikap penunggang mengambil kesempatan menggunakan kemudahan parkir disediakan kepada OKU di sebuah pasar raya di sini.

Kekecewaan tersebut disuarakan oleh Ayen Razali menerusi Facebooknya hingga tular di laman sosial yang menyifatkan sikap itu mementingkan diri tanpa memikirkan kesulitan OKU membebankan golongan tersebut terutama ketika parkir di pusat membeli-belah.

Menurutnya, situasi tersebut seolah-olah tiada kesudahan disebabkan dia kerap kali menyaksikan tindakan penunggang motosikal parkir di ruang garisan kuning yang menyukarkan pengguna sepertinya untuk parkir di situ.

“Garisan kuning disediakan untuk memberi ruang kepada pemandu kereta yang berkerusi roda untuk turun dan naikkan kerusi roda dari kenderaan. Ruang tersebut bukan untuk penunggang motosikal dan tolong faham keperluan kami.

“Kepada warga FB yang prihatin, saya bagi pihak rakan OKU yang lain mohon tolong kongsikan ‘post’ ini, bukan untuk mencari publisiti murahan tapi demi untuk sampaikan mesej pada orang ramai. Masalah ‘ragut’ parkir di garisan kuning tiada kesudahan sehingga kini. Bantulah kami,” katanya.

A large room

Description automatically generated

Dalam pada itu, Ayen Razali juga turut memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memaparkan dia sedang melakukan tinjauan di sebuah pasar raya dan ternyata garisan kuning serta parkir OKU disalah guna oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Setakat ini, video berkenaan mendapat 9,800 kali tontonan oleh pengguna Facebook dan rata-rata mereka menyokong usaha Ayen dan berharap kesedaran kemudahan OKU dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Link video

DIRAGUT… Line kuning parking OKU diragut oleh penunggang motosikal …(line kuning disediakan untuk memberi ruang pemandu kereta yg berkerusiroda, untuk turun dan naikkan kerusiruda dari kenderaan)TOLONG FAHAM KEPERLUAN KAMI…Kepada warga fb yg perihatin, Saya bagi pihak rakan OKU yg lain mohon tolong SHARE kan post ini, bukan untuk mencari publisiti murahan.. Tapi demi untuk sampaikan mesej pd orang ramai.. Masalah ragut parking n line kuning ini, tiada kesudahan sehingga kini.. BANTULAH KAMI..

Posted by Ayen Razali on Sabtu, 7 Mac 2020

Raja Lepak

Read Previous

Hantu Mulut Robek Kat Jepun. Kenapa Mulut Dia Boleh Terkoyak?

Read Next

10 tempat percutian ’rare’ di Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *