Korang geli tak dengan ular? Haiwan spesies reptilia bersisik dan menggelikan tu. Terdapat dua jenis ular iaitu yang berbisa dan tidak berbisa.
Ular tergolong memiliki populasi yang cukup banyak dan sangat mudah untuk ditemui di dunia. Tapi, korang tahu tak, ada tempat kat dunia ni yang langsung tidak ada ular kat situ. Serius!
Benar. Menurut laporan Irish Central, salah satu tempat yang terkenal tidak dihuni oleh ular ialah negara Ireland. Serius la? Macam susah jer nak percaya. Takkan seekor ular pun tak ada?
Menurut sebuah kisah legenda, ada cerita yang menyebut, seorang ketua agama bernama St. Patrick yang berasal dari Ireland telah bertanggungjawab untuk mengusir semua ular yang ada kat negara tersebut.
Berdasarkan dokumentari yang disiarkan oleh National Geographic menyebut, ular memang tidak pernah ada dan tinggal di Ireland.
Buktinya apabila pasukan penyelidik langsung tidak pernah menemui fosil atau sebarang bentuk penemuan yang menyatakan bahawa terdapat ular yang pernah ada kat negara Ireland.
Pada zaman dulu, Ireland dan beberapa buah negara Eropah lain diselubungi ais dan terlalu sejuk untuk haiwan reptilia seperti ular tinggal di situ.
Tapi kira-Kira 10 ribu tahun lalu, iaitu zaman sewaktu glasier mula mencair dan Kawasan daratan mula timbul lalu menghubungkan Eropah, England dan Ireland menjadi permulaan kepada banyak hidupan untuk hidup.
Antara haiwan yang didakwa bermigrasi ke Ireland dalam tempoh waktu tersebut ialah beruang cokelat, lynx dan babi hutan.
Tapi guys, Ireland bukanlah satu-satunya tempat yang tidak mempunyai ular. Terdapat beberapa tempat turut dinyatakan tidak mempunyai ular asli, iaitu ular yang memang berasal kat situ. Kalau ada pun spesies ular tersebut mungkin berhijrah daripada tempat lain ke situ.
Antaranya ialah Iceland, Greenland, Hawaii, Belanda, sebahagian Kanada, Rusia Utara dan Antartika. Satu-satunya haiwan reptilia yang ada dekat Ireland dan mudah ditemui di sana ialah cicak.
So guys, itulah antara fakta menarik yang Abang Bob boleh kongsikan. So untuk korang yang takut ular tu, nak boleh packing beg kot pindah kat sana. Hahahaha.! Daaaa!