Ayam Belanda Warna-Warni Tarikan Pengunjung Ke Ladang

Cantiknya! Very the warna-warni. Hahahaha! Sekali tengok cantik, dua kali tengok rasa macam kelakar pulak.

Korang pernah tengok ayam belanda tak guys? Eeee! Ayam belanda ni jahat, suka kejar orang. Pastu bunyi dia annoying giler! Kuluk! Kuluk! Kuluk! Lebih kurang macam tu laaa bunyi dia.

Ok bercakap pasal ayam belanda, Abang Bob nak cerita pasal kisah pemilik sebuah ladang ayam belanda yang telah menjadikan ladangnya sebagai salah satu tempat tarikan menarik untuk dikunjungi.

Mungkin orang kat sana rata-rata dah biasa dengan ayam belanda. So sebab nak bagi kelainan, pemilik lading tu telah mewarnakan ayam belandanya dengan warna-warna ceria untuk tarikan pengunjung.

Kalau korang nak tahu, sejak enam dekad lalu, ladang ayam belanda tu yang terletak dekat Guilford, Connecticut di AS telah menarik pengunjung daripada pelbagai peringkat usia untuk datang kat situ terutamanya pada musim cuti sekolah.

Orang datang kat situ sebab nak tengok ayam-ayam belanda yang diwarna dengan warna-warna terang seperti jingga, ungu, hijau dan kuning.

Ladang tu yang diberi nama Ladang Ayam Belanda Gozzi telah dimiliki oleh keluarga Gozzi sejak turun temurun lagi. 

Generasi ketiga keluarga tersebut, Bill berkata, tradisi mewarna ayam belanda milik keluarganya telah dilakukan sejak tahun 1940-an lagi yang dilakukan oleh datuk dan neneknya selepas ladang itu dibuka.

Mula-mula, ladang tu dibuka untuk kanak-kanak kat Kawasan situ datang untuk bermain dengan ayam belanda, tapi last-last orang luar dapat tahu dan pengunjung menjadi bertambah ramai.

Malah, ada keluarga yang datang dari jauh untuk melihat ayam belanda berwarna-warni tu, sampai jadikan lawatan kat ladang tu sebagai aktiviti wajib setiap kali tiba musim cuti sekolah.

Korang percaya tak bahawa, ayam-ayam belanda tu sukakan perhatian. Ayam belanda jantan akan jalan ke arah pengunjung dengan gaya yang angkuh dan bongkak sehingga ayam-ayam belanda betina yang lain akan turut mengikut gaya sama macam ayam belanda jantan.

Tapi, apabila ditanya tentang pewarna yang digunakan, Bill enggan mendedahkannya kerana warna tersebut adalah rahsia keluarga mereka. Kedekut betul.

Biasa laaa guys, bila benda-benda macam ni, mesti ada jer komen-komen orang yang tak puas hati. Bill tidak terlepas daripada mendapat kritikan dan kecaman daripada orang ramai dekat Facebook terutama bagi pencinta haiwan.

Aktivis haiwan kata, tindakan mewarnakan ayam-ayam belanda tu menyebabkan haiwan tersebut akan sakit. Tapi Bill kata kalau ayam belanda tu sakit, benda tu dia dah stop buat sejak 60 tahun lalu. Hahahaha ambik setepek!

Apa-apa pun, tolong sayangi haiwan sebab dia juga makhluk tuhan. Sekian.

Raja Lepak

Read Previous

Serius! Tiada Ular Dekat Ireland?

Read Next

Anime kuat sebab rambut, betul ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *