Seriuslah Ninja Tu Wujud!!

Eh??? Ninja tu wujud ke? Bukan dalam filem je ke? Korang rasa macam mana? Yang min tahu ninja ni Ninja Turtle je la. Susah nak cakap kesahihan tentang kewujudan ninja di dunia ni terutama di Jepun tetapi hakikatnya ninja itu wujud yer.

Nama ninja sangat sinonim dengan Jepun. Sebenarnya ninja bukan fiksyen semata-mata dan mereka ini suatu ketika dahulu merupakan barisan pertahanan dinasti di Jepun suatu ketika dahulu. Malah, sehingga hari ini terdapat beberapa ninja sebenar di Jepun.

Image result for japan ninja

Sebelum kita kenal dengan siapakah gerangan ninja terakhir di Jepun meh belajar sikit apa sebenarnya ninja ni.

Ninja adalah pembunuh rahsia. Sepanjang sejarah, kisah ninja sentiasa dipenuhi khabar angin dan perkara yang tidak jelas.

Tidak seperti pahlawan lain, ninja menggunakan kaedah licik untuk menamatkan riwayat lawannya. Mereka bekerja dalam gelap dan tidak pernah pergi ke dalam pertempuran.

Image result for japan ninja

Daimyo Uesugi Kenshin yang meninggal dunia pada tahun 1578 menurut khabar angin telah dibunuh oleh seorang ninja yang selama bertahun-tahun bersembunyi di tandas. Dia sedang menunggu masa yang tepat untuk menyerang musuh pada masa yang tidak dijangka.

Pakaian Ninja biasanya berwarna hitam pada waktu malam dan coklat untuk siang hari.

Haaa kisahnya ninja ini macam agen rahsia lah kalau sekarang ni oleh dikatakan sebagai CIA. Min ada baca dalam satu portal berita ni, ninja masih wujud dalam kalangan penduduk di Jepun.

Image result for Jinichi Kawakami

Salah satunya ialah Jinichi Kawakami. Lelaki berusia 63 tahun adalah ninja terakhir di Jepun.

Melaporkan dari dailymail.co.uk, Kawakami adalah pemimpin 21 klan Ban, sebuah dinasti rahsia, dinasti yang sekitar 500 tahun yang lalu.

Dia telah mula mengamalkan seni kuno ninjutsu sejak berusia 6 tahun di bawah izin tuan Buddhis, Masazo Ishida.

Image result for Jinichi Kawakami

Untuk meningkatkan konsentrasinya, dia menghabiskan berjam-jam menatap lilin sehingga dia merasa dia berada di dalamnya.

Untuk mengasah pendengarannya, dia akan mengamalkan mendengar jarum yang jatuh di lantai kayu di bilik sebelah.

Dia memanjat tembok, melompat dari ketinggian, dan belajar bagaimana untuk menggabungkan bahan kimia yang menyebabkan letupan dan asap.

Image result for Jinichi Kawakami

Dia juga dilatih untuk menahan panas yang melampau dan sejuk dan pergi berlatih berhari-hari tanpa makanan atau air.

“Saya dipanggil ninja terakhir kerana mungkin tidak ada orang lain yang dapat mempelajari semua kemahiran yang diturunkan terus dari guru ninja selama lima abad yang lalu,” kata Kawakami.

“Tiada lagi ninja.”

Image result for Jinichi Kawakami

Tetapi Kawakami telah memutuskan untuk membiarkan seni mati dengannya. Kerana ninja dinilai ‘tidak sesuai dengan zaman moden’

“Kita tidak boleh cuba membunuh atau meracun. Walaupun kita mengikuti kaedah membuat racun, kita tidak boleh mencubanya, “jelasnya.

Image result for Jinichi Kawakami

Jadinya, seni ninja ini adalah warisan Jepun yang tidak boleh dikongsi sebarangan. Hanya mereka yang layak sahaja boleh mewarisi seni ninjtsu ni. Jadinya kalau ninja terakhir ni dah tiada makanya berakhirlah warisan ninja ni dan hanya tinggal nama je lah. Baru ingat nak belajar mana tahu leh hilang-hilang. hehehehe

Raja Lepak

Read Previous

Samurai? Ronin? Apa tu?

Read Next

Hias Tengkorak? Festival Menyeramkan Dekat Bolivia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *