Thailand sebagai salah satu negara di Asia Tenggara juga tidak terkecuali daripada memiliki kisah mistiknya yang tersendiri.
Sebenarnya tak banyak pun beza antara Thailand dengan negara-negara lain di bahagian Asia Tenggara. Memegang teguh pada adat resam dan kepercayaan nenek moyang sejak dahulu lagi menjadi antara pegangan kuat masyarakat tersebut sehingga ke hari ini.
Mungkin kisah hantu di negara gajah putih tu tak sepopular kisah-kisah hantu lain seperti Pontianak, langsuir mahupun pocong, tetapi bagi masyarakat mereka di sana , terdapat beberapa kisah mistik yang ditakuti malah menjadi kepercayaan mereka.
Hari ni min nak bercerita tentang kisah alam mistik masyarakat di Thailand tentang alam mistik yang berlegar dalam kehidupan masyarakat di sana.
Kalau korang nak tahu, masyarakat kat Thailand percaya bahawa hantu mudah masuk ke dalam rumah seseorang jika dia berdiri terlalu lama di hadapan pintu rumah.
Bukan itu jer, nasib malang juga boleh menimpa penghuni rumah jika mereka masuk ke dalam kediaman melalui tingkap.
Kalau waktu memandu pula, korang kena gantung kalungan bunga melur pada bahagian depan cermin kenderaan sebagai persembahan kepada roh penjaga. Dengan berbuat demikian, roh penjaga akan melindungi korang dan juga penumpang kereta agar selamat dalam perjalanan.
Untuk mereka yang hendak membeli kenderaan pula, mereka perlu memilih Tarikh yang baik selain pastikan nombor plat kenderaan tidak mengandungi angka yang boleh bawa sial seperti 4. Manakala nombor yang membawa tuah pula adalah seperti nombor 3 dan 9.
Masyarakat Thailand juga percaya pada nama yang boleh membawa nasib buruk. Selain nama sebenar, orang-orang Thailand juga kena ada nama panggilan sejak kecil. Korang nak tahu kenapa? Sebab roh-roh jahat akan keliru kalau dia nak ganggu individu tersebut.
Ada juga kepercayaan yang cakap roh-roh jahat ni tertarik dengan orang yang cantik dan juga tampan. Wah! Kemain ek? Oleh tu, mereka akan menggunakan nama gelaran yang buruk seperti Nakliat (hodoh), Lek (kecil) dan Ouan (gemuk).
Makhluh halus kat Thailand juga akan mempengaruhi individu yang tidak sopan ketika makan. Mereka percaya kalau seseorang itu makan dalam keadaan bersandar atau baring, dia akan dilahirkan semula sebagai ular pada kehidupan akan datang.
Banyak lagi kepercayaan lain masyarakat Thailand seperti kalau makan sambal ketawa, hantu akan mencuri makanan korang, Selain itu, kalau korang makan dengan senduk besar, korang akan mempunyai anak yang hodoh. Rupa senduk agaknya rupa anak korang tun anti.
Walaupun begitu, rata-rata rakyat kat Thailand sangat menghormati roh dan semangat orang mati sebab diaorang percaya hantu bukan untuk ditakuti dan dihalau, sebaliknya ia perlu dihormati.
Itulah antara serba sedikit kisah alam mistik yang popular dalam kalangan masyarakat orang Thailand. Tak banyak beza pun dengan kepercayaan masyarakat kat negara kita ni yang turut mempunyai kepercayaan yang hampir serupa.