Fakta Unik Tentang Haiwan Cicak

Korang geli tak dengan cicak? Kalau min, mau hysteria kalau binatang ni jatuh atas min. Geli doh! Pastu dia merayap. Badan dah la lembik-lembik. Eeeee yek! Kalau korang nak tahu, cicak merupakan haiwan reptilia yang termasuk dalam keluarga Gekkonidae. Uniknya, cicak berupaya untuk membina semula anggota mereka dengan cepat kalau terputus. Kat sini min nak share beberapa lagi fakta unik dan jenis lain tentang cicak.

  • Cicak dapat membesar sehingga berukuran 10 sentimeter dan berwarna kelabu atau coklat kehitaman. Kalau cicak tu berwarna putih, itu disebabkan oleh pantulan cahaya matahari.
  • Cosymbotus platyurus merupakan spesies cicak yang mudah ditemui di dinding-dinding dalam kediaman. Tubuhnya lembut dan mempunyai ekor yang lebar. Mempunyai kulit berlendir dan memiliki bulu-bulu halus pada hujung ekor. Ciri-ciri yang membezakan antara jenis ini dengan yang lain ialah lipatan kulit pada sisi perut dan belakang kakinya.
  • Hemidactylus frenatus ialah ciciak yang mempunyai badan yang berukuran lebih kecil daripada jenis cicak biasa yang ditemui. Cicak jenis ni ada enam deretan bonjolan kulit yang memanjang dari kepala sampai ke ekor. Dikatakan  cicak jenis ni menjadi sumber penyakit kalau terjatuh ke dalam nasi atau gula kat rumah.
  • Gehyra mulilata mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding dua spesies ka tatas. Mempunyai kepala yang bulat dan warna kulit lutsinar.
  • Cyrtodactylus marmoratus mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan cicak yang biasa ditemui kat rumah.
  • Cicak tergolong dalam kumpulan insectivore sebab makanan utamanya ialah serangga.
  • Kalau ada anggota tubuh cicak yang terputus, ia akan tumbuh semula dengan cepat, namun tidak begitu sempurna sebab banyak sel yang tak ada.
  • Cicak akan menjadi lemah kalau dipegang oleh manusia dengan lama.
  • Kat beberapa buah negara, cicak digunakan untuk dibuat ubat asma atau masalah paru-paru.
  • Cicak mempunyai tulang belakang yang lembut.
  • Cicak aktif pada waktu malam sebab penglihatannya kurang baik pada waktu siang.
  • Cicak mempunyai ukuran mata yang besar dan suaranya nyaring.
  • Selaput pada badan cicak membolehkan ia untuk berenang dan bertahan lama di dalam air.

So itu adalah antara serba-sedikit fakta tentang cicak. Anggap jer artikel ni sebagai salah satu pengisian ilmu walaupun korang geli dengan cicak. Hahahaha.


Raja Lepak

Read Previous

Serius lah!!!! Minum soda susu paru-paru bersih

Read Next

Kepercayaan mistik orang Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *