Cuba perhatikan bentuk kuku tangan korang. Kalau diperhatikan, setiap individu mempunyai bentuk kuku yang berbeza. Ada yang bentuknya Panjang, bujur, bulat, petak, dan bersegi. Wow! bahkan, bentuk-bentuk kuku itu sebenarnya turut menggambarkan personaliti dan sikap seseorang. Haaa..! Ehh..!! bukan tu jer tau, kuku kat tangan korang tu jugak boleh jadi petunjuk pada tahap kesihatan berdasarkan warna pada kuku. So lepas nie tengok jer kuku teman atau kekasih korang untuk tahu perangai masing-masing.
- Bentuk kuku bujur (Oval)
Haaa..! untuk bentuk kuku yang camnie, korang digambarkan sebagai orang yang taat dan mempunyai pemerhatian yang tajam. Maksudnya kat sini, korang sangat berhati-hati dengan kata-kata sebelum bercakap. Selain tue, orang yang mempunyai bentuk kuku bujur ini gak dikatakan mempunyai pandangan yang jauh hingga membuatkan korang sangat di senangi oleh kawan-kawan.
- Kuku bersaiz Panjang (Squoval)
Untuk kuku berbentuk Panjang nie pulak menggambarkan pemiliknya seorang yang ceria dan sentiasa merasa gembira. Bukan tue jer, korang jugak dikatakan memiliki kecerdasan mental yang luar biasa, kira orangnya boleh dikatakan bijak laaa. Pemilik kuku berbentuk Panjang ini juga suka pada benda-benda baru sama ada mencari kawan-kawan baru atau melakukan aktiviti yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini. Dalam bekerja, orang yang mempunyai bentuk kuku Panjang nie sangat teliti dan berhati-hati, malah kerja yang korang buat itu boleh dinilai sangat cemerlang walaupun baru pertama kali melakukannya.
- Kuku segi empat tepat (Square)
Orang yang memiliki kuku berbentuk segi empat tepat nie digambarkan sebagai seorang pekerja yang bersistematik dan sangat realistik. Bukan cerewet, tapi korang amat mementingkan kesempurnaan. Biasanya orang yang mempunyai bentuk kuku macam nie layak untuk menjadi seorang pemimpin sebab ramai yang percaya kat korang sampaikan korang diberi tugas-tugas penting. Tapikan, orang yang ada bentuk kuku macam nie selalu dianggap sebagai membosankan sebab terlalu serius. Sabar laa ek.
- Kuku pendek dan bulat (Rounded)
Ok untuk bentuk kuku pendek dan bulat nie pulak, korang digambarkan sebagai seseorang yang kreatif dan mempunyai bakat dalam bidang seni seperti menyanyi, berlakon dan menari macam min. Betul, tak tipu..hahaha. Selain tue, korang jugak digambarkan sebagai individu yang mempunyai semangat dalam melakukan apa-apa pun pekerjaan. Paling best, orang yang ada bentuk kuku pendek dan bulat nie sanggup melakukan apa saja demi orang yang dia sayangi. Tapi yang tak best pulak, korang selalu dianggap sebagai keras kepala dan jugak degil. Haihhh..!
- Kuku segi tiga (Almond)
Personaliti orang yang ada bentuk kuku segi tiga nie menggambarkan yang korang tahu apa yang korang nak. Contoh kalua korang nak sesuatu, korang takkan mudah mintak macam tue jer. Korang akan berusaha keras untuk pastikan apa keinginan korang tercapai dengan usaha dan kudrat sendiri. Tapi yang yang menjengkelkan apabila pemilik kuku segi tiga nie tidak percayak pada kerjasama dan lebih suka melakukan kerja secara bersendirian.
- Kuku tidak sekata
Pemilik kuku seperti ini digambarkan sebagai seseorang yang tidak cerewet. Dalam kata lain, korang tak memilih sangat bab pilihan pakaian, makanan, muzik dan apa-apa jer asalkan korang suka dan selesa. Orang yang ada bentuk kuku tidak sekata nie jugak menjalani kehidupan yang tenang dan tidak stress kerana perasaannya sentiasa gembira dan Bahagia.