Legenda Hantu Jeruk Purut

Banyak filem-filem bergenre seram yang dihasilkan sama ada dari dalam atau luar negara dibuat berdasarkan pengalaman kisah sebenar yang berlaku. Kalau ikutkan, tak semua orang percaya tentang kewujudan hantu. Namun tak kurang juga untuk mereka yang obses dengan kisah-kisah mistik ni. Kalau min nak kata tak percaya pun tak boleh gak sebabnya min sendiri ada pengalaman ternampak makhluk menyeramkan ni. Memang ketaq bak kata oghang utagha. hahahaha..!!! 

Ok, jadi salah satu kisah seram yang min nak kongsikan kali ni adalah cerita pasal hantu yang dipanggil Jeruk Purut. Nama memang kelakar, tapi disebabkan dia berkisahkan pasal hantu, terus jadi kelakar seram, Boleh? Filem berjudul Hantu Jeruk Purut dari Indonesia lakonan Angie Virgin, Sheila Marcia Joseph dan Samuel Z. Heckenbucker ini dibuat berdasarkan cerita sebenar yang berlaku di sebuah tanah perkuburan bernama Jeruk Purut di Jakarta pada sekitar tahun 90-an.

Apa yang menyeramkan, orang-orang kat sana mendakwa sering ternampak kelibat lembaga tanpa kepala merayau di sekitar tanah perkuburan tersebut. Meremang segala bulu beb kalau min nampak mau tak cukup tanah lari. 

Penjaga di tanah perkuburan kat situ bagitahu, hantu jeruk purut tu dikatakan merayau sebab nak cari jalan balik ke rumah. Tapi ada juga yang mendakwa hantu tu sebenarnya sedang mencari mangsa untuk dijadikan santapan. Perghhh!! Bukan kaleng-kaleng selera hantu jeruk purut ni.

Ada satu kisah apabila seorang pemuda di kampung sebelah terserempak dengan seorang budak dalam keadaan telanjang bulat sedang berlari dan bermain kat tengah-tengah tanah perkuburan tu. Ehh! kemahennnnn. 

Kalau setakat berlari-lari jer takpe, budak yang tak tau laa sama ada hantu ke tau orang tu siap ketawa mengilai sampai bergema tanah perkuburan tu. Bila ada orang tegur, kanak-kanak tu tiba-tiba akan hilang, ghaib ntah ke mana.

Kerana kisah hantu jeruk purut ini semakin popular, ramai laaa masyarakat yang kononnya berani datang ke tanah perkuburan tu sebab nak tengok rupa hantu jeruk purut. Nak jumpa hantu yang tak berapa nak helok tu pulak ada syaratnya. Mereka yang nak sangat tengok hantu tersebut kena datang ke tanah perkuburan pada waktu tengah malam Jumaat dengan jumlah orang yang ganjil. 

Apabila sampai ke tanah perkuburan tu nanti, kena buat pula satu upacara atau ritual untuk menyeru hantu jeruk purut tu supaya datang. Dah kenapa pulak nak tengok sangat momok tu ek? 

Ada kisah lain mendakwa, punca hantu jeruk purut tu merayau-rayau tanpa tujuan sebab hantu tu nak mencari tempat sebenar dia dikebumikan sewaktu meninggal dunia.

Kononnya, hantu jeruk purut itu masa hidup dia beragama Kristian, tapi telah dikebumikan sebagai orang Islam. Entahlah, min pun kurang pasti pasal benda ni. 

Sampai sekarang kisah hantu jeruk purut ini masih jadi bualan masyarakat setempat. Sampaikan cerita hantu jeruk purut dah jadi cerita legenda popular di negara seberang. 

Raja Lepak

Read Previous

Ketahui kalau korang ada deria ke-6

Read Next

Bentuk kuku dan personality anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *