Tolong laaa buaya sangkut kat lubang tayar motor

Beberapa hari lalu min ada terbaca cerita pasal kisah seekor buaya yang tersangkut pada lubang sebuah tayar motosikal lama. Apa yang membuatkan min berasa sedih, keadaan yang dilalui buaya dewasa itu telah terjadi sejak empat tahun lalu iaitu pada tahun 2016 lagi. 

Difahamkan, tayar tue milik sebuah motosikal jenis skuter yang terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan pada 2016. Tapi macam mana buaya tue boleh sangkut pada tayar skuter tue min kurang periksa.

Fuhhh..!! bayangkan selama empat tahun badan korang tersangkut pada tayar motosikal, tapi sorang pun tak tolong. 

Beberapa gambar yang tular dalam laman sosial menunjukkan seekor buaya jantan sebesar kira-kira empat meter itu kelihatan berada di tebing sebuah sungai di Palu, Sulawesi Tengah di Indonesia dalam keadaan sebiji tayar tersangkut pada bahagian leher haiwan reptilia itu. 

Pihak berkuasa pulak gagal cari jalan bagaimana nak tolong buaya tue yang dilihat semakin membesar dan sukar untuk bergerak apatah lagi untuk mencari makan. Kesian sangat min tengok. Tak boleh bayangkan kalau min yang tersangkut.

Dek kerana bimbang dan dan buntu nak buat apa, pihak berkuasa akhirnya bagi peluang kat orang awam atau sesiapa jer yang berani nak tolong buaya tue dengan menawarkan ganjaran wang tunai sebagai hadiah.

Sebelum nie bukan takde usaha nak tolong buaya tue. Pada 2018, seorang pawang terkenal  yang pakar dengan buaya, Muhammad Panji dah cuba nak tolong si empunya kulit kulit beg tangan Hermes Birkin tu meloloskan diri daripada lubang tayar, tapi gagal.

“Kami akan memberikan ganjaran berupa wang tunai buat sesiapa sahaja yang boleh melepaskan buaya itu daripada tersangkut pada tayar,” kata seorang pegawai tempatan, Hasmuni Hasmar.

Haaaa..! so korang yang rasa-rasanya nak cari duit poket lebih tu apa tunggu lagi? Mana laa tahu kot2 rezeki korang bukan jer dapat tolong buaya, dapat wang tunai lagi. Cuma min harap koranmg janganlah kena bedal dengan buaya tue nanti sudah. Kalau korang kena ngap! Min pun ngek! Tiberrr..

Raja Lepak

Read Previous

Bentuk kuku dan personality anda

Read Next

Pokok-pokok tumpangan makhluk ghaib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *