PUMA Suede Bloom Bawa Nafas Baharu Pada Rekaan Ikonik Suede

Selepas kemunculan semula Speedcat OG pada Julai lalu, PUMA meneruskan era baharu Suede dengan memperkenalkan PUMA Suede Blood iaitu rekaan terbaharu yang memberikan nafas segar kepada siluet ikonik tersebut.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada 1968, Suede dikenali sebagai kasut yang sentiasa mampu berubah mengikut perkembangan zaman, subkultur dan trend tanpa meghilangkan identiti asalnya. Kali ini, PUMA mengetengahkan sisi yang lebih lembut dan feminin menerusi Suede Bloom.


Antara elemen baharu yang ditampilkan termasuk perincian mutiara tiruan, pilihan tali satin yang boleh ditukar ganti serta lace beropol, digabungkan dengan rona lembut yang memberikan penampilan lebih halus.

PUMA Suede Bloom hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Frosted Ivory, Misty Pink dan PUMA Black. Koleksi ini turut diserikan dengan visual yang mengetengahkan elemen kebersamaan dan keperibadian selari dengan konsep Suede Bloom yang meraikan gayamya yang tersendiri.


Lebih daripada sekadar perubahan bermusim, konsep mekar yang dibawa menerusi koleksi ini turut menggambarkan kebebasan untuk mengekspresikan diri. Dengan reka bentuk yang fleksibel, Suede Bloom boleh digayakan mengikut personaliti dan gaya masing-masing.

Raja Lepak

Read Previous

Inside Scoop Bawa 9 Jenama Tempatan Ke Dalam Koleksi Aiskrim Lokal Legends 2026

Read Next

Transit Lama Di KLIA? Kepler Club Kini Ada Dua Hotel Untuk Anda Berehat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *