Inside Scoop Bawa 9 Jenama Tempatan Ke Dalam Koleksi Aiskrim Lokal Legends 2026

Inside Scoop sekali lagi menghidupkan nostalgia menerusi kempen tahunan Lokal Legends 2026 yang menampilkan sembilan jenama tempatan popular dalam bentuk perisa aiskrim edisi terhad. Kempen ini mengetengahkan jenama yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia dengan mengolah cita rasa ikonik mereka menjadi koleksi aiskrim eksklusif.


Jika edisi Lokal Legends 2025 menampilkan enam perisa, edisi tahun ini menyaksikan koleksi tersebut berkembang kepada sembilan perisa, menjadikannya antara barisan terbesar dalam kempen berkenaan setakat ini.

Untuk edisi 2026, sembilan perisa yang diperkenalkan ialah:

  • Beryl’s Tiramisu Almond Chocolate
  • BOH’s Teh Tarik
  • Farm Fresh’s Pistachio Yoghurt Crunch
  • Gardenia’s Choc-A-Lot Twiggies
  • Mister Potato’s Choc Potato Chips N’ Cream
  • Oriental Kopi’s Kaya Butter Toast
  • Secret Recipe’s Chocolate Indulgence®
  • Thumbs’ Peanut Butter Jelly
  • ZUS Coffee’s Ube Latté


Selain koleksi perisa baharu, Inside Scoop turut menghidupkan kempen ini menerusi Lokal Legends Supermarket di cawangan Galeria SA Sentral. Lokasi tersebut diubah dengan konsep pasar raya yang membolehkan pengunjung meneroka setiap jenama, mengenali kisah di sebalik kolaborasi dan mencuba perisa serta menikmati pengalaman bertemakan Lokal Legends.


Bagi yang mahu mencuba kesemua perisa dalam satu sesi, 9-Scoop Pek Parti turut ditawarkan. Pek ini mengandungi kesemua sembilan perisa bersama Ice Cream Passport edisi Lokal Legends dan pek pelekat eksklusif. Lokal Legends 2026 boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop yang mengambil bahagian di seluruh negara mulai 10 Ogos 2026, untuk tempoh terhad.

Raja Lepak

Read Previous

Starbucks Berkolaborasi Bersama MOLLY – Koleksi Istimewa Sempena 20 Tahun Ikon POP MART

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *