Kerja 11 Jam Gaji RM4 Sejam, Individu Kongsi Kisah Sukar Cari Makan Sebagai Pencari Nafkah Utama

Walaupun gaji minimum dah ditetapkan kepada RM1,500 sebulan oleh kerajaan, masih ada majikan yang menawarkan gaji yang lebih rendah dari itu.

Dalam satu perkongsian, seorang individu berkongsi kisah sukarnya sebagai pencari nafkah utamanya. Pada awalnya, keadaan tersebut tidak menjadi masalah namun pendapatan yang diterima sebanyak RM4 sejam selama 6 hari seminggu di mana waktu bekerjanya adalah selama 10-11 jam sehari mula memberikan kesan negatif.

Bekerja tanpa rehat yang cukup, malah pernah diminta untuk bekerja pada hari cuti kerana kekurangan staf namun ditolak. 

Kredit imej, gambar sekadar hiasan: Gift Habeshaw via unsplash.com

Paling mengejutkan bahawa jika memilih untuk bekerja pada hari cuti sekalipun, gajinya tetap sama. Malah jika lewat datang ke tempat kerja, denda sebanyak RM10 akan dikenakan, walaupun cuma dua minit!

Jadi beliau meminta pandangan adakah situasi ini normal pada kebanyakan pekerja di Malaysia, macam mana nak berunding dengan majikan untuk kenaikan gaji dan beberapa lagi soalan lain.

Respon daripada netizen pastinyalah menjelaskan tentang pelanggaran undang-undang yang berlaku dan majikan boleh dikenakan tindakan.

Pandangan korang macam mana?

Sumber: via maukerja.com

Kredit gambar utama, gambar sekadar hiasan: Gift Habeshaw via unsplash.com/ via maukerja.com

Raja Lepak

Read Previous

Pelanggan Mahu Saman Starbucks Lepas Namanya Dieja Sebagai ‘Babi’

Read Next

Dianggap Menghina, TikTokers Dikecam Buat Konten Kentut Di Mikrofon Kapal TLDM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *