Pelanggan Mahu Saman Starbucks Lepas Namanya Dieja Sebagai ‘Babi’

Salah ejaan nama yang ditulis bukanlah sesuatu yang baru pada pelanggan Starbucks. Ia sering berlaku, sama ada ditularkan di media sosial atau pun tidak sahaja. Malah ada yang membuat teori bahawa ia adalah salah satu viral marketing untuk meluaskan pasaran Starbucks.

Namun ia disangkal oleh jurucakap Starbucks yang menjelaskan menulis nama pelanggan pada bekas minuman merupakan tradisi yang paling menyeronokkan kerana membuatkan hubungan pelanggan dengan pekerja Starbucks bertambah erat. 

Dalam satu artikel yang diterbitkan portal Insider, jurucakap tersebut juga menegaskan bahawa pihak syarikat tidak pernah arahkan mana-mana pihak untuk salah eja nama pelanggan dan barista sentiasa melakukan yang terbaik setiap kali menulis nama pelanggan yang ada kalanya agak rumit untuk dieja.

Terhangat di Malaysia, seorang pelanggan jenama kopi ini menyuarakan hasrat untuk menyaman pihak Starbucks Malaysia selepas salah seorang kakitangan di cawangan jenama ini menulis namanya sebagai ‘Babi’.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mustahillah nama tersebut tidak diejakan kan? Menurut satu komen daripada pihak tuan badan, suaminya sudah mengeja namanya sebagai B-A-V-I. Malah kejadian ini juga dikatakan sudah berlaku beberapa kali.

Ramai juga yang meluahkan kekesalan atas apa yang berlaku kerana sedangkan umumnya semua orang tahu, perkataan tersebut boleh disalah tafsir sebagai salah satu jenis carutan di Malaysia kan?

Facbook: Bhavitra Ramachandran

Raja Lepak

Read Previous

Suruh Hantar Emel Untuk Rekod, Lelaki Pening Dengan Perangai Intern Minta Cuti

Read Next

Kerja 11 Jam Gaji RM4 Sejam, Individu Kongsi Kisah Sukar Cari Makan Sebagai Pencari Nafkah Utama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *