Dianggap Menghina, TikTokers Dikecam Buat Konten Kentut Di Mikrofon Kapal TLDM

Dalam dunia media sosial, mungkin kita rasa kita bebas buat sesuatu dengan alasan konten. Sebab itulah ada antara pencipta kandungan yang menghasilkan konten dan kemudiannya menerima kecaman hebat kerana dianggap tidak menghormati/mengikut norma masyarakat.

Seperti yang berlaku dalam satu video yang dimuat naik (update: sudah dipadam) oleh seorang TikTokers yang terkenal dengan konten-konten ‘kelakar tiga suku’ yang dikenali sebagai Eyda.

Dalam video tersebut, Eyda telah berkunjung ke Hari Terbuka Armada di Kota Kinabalu. Eyda ‘bergurau’ dengan kelakuannya menarik tali sauh kapal, malah membuat aksi kentut di mikrofon yang ada.

Konten tersebut kemudiannya diselar seorang pesara tentera yang menyifatkan ia sebagai perbuatan seakan menghina aset keselamatan negara dan institusi TLDM. 

Ramai yang terkilan dengan perbuatan tersebut kerana mikrofon tersebut digunakan untuk melaungkan azan, dan bacaan doa sebelum berlayar.

Membuat permohonan maaf di TikToknya, Eyda menjelaskan beliau langsung tiada niat mahu merendahkan aset TLDM dan bersedia untuk berjumpa dengan Datuk Panglima sendiri berkenaan isu ini.

TikTok: @zuraidah_nasir/ fahrintokai

Raja Lepak

Read Previous

Kerja 11 Jam Gaji RM4 Sejam, Individu Kongsi Kisah Sukar Cari Makan Sebagai Pencari Nafkah Utama

Read Next

Hanya Modal RM30, Inovasi Aircond DIY Bantu Kurangkan Haba Panas Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *