Pencinta kucing, mungkin boleh menggunakan idea ini kalau korang nak majlis yang lain daripada lain.
Baru-baru ni viral di TikTok tentang satu video di mana seorang pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pasangannya. Ini kerana mas kahwin yang diserahkan bukan sekadar wang tunai tetapi juga seekor kucing putih yang diletakkan di dalam sangkar.
“Ayah nikahkan dan kahwinkan anakanda kepada puteri kandung ayah yang bernama Syifa Salma Jatun Aini dengan mas kahwinnya wang dan kucing dibayar tunai.”
Menjawab persoalan ramai, pengantin perempuan menjelaskan ibu dan bapanya tidak meminta sijil rumah tetapi tetap gembira apabila anaknya diberikan mahar berbentuk kucing asalkan anaknya bahagia.
Fuh, memang rare lah mak ayah dia! Okey, min pun nak cakap lah nak 10 dulang oyen sebagai hantaran nanti. Korang rasa agak-agak mak ayah min setuju tak?
TikTok: @horeamisme