Siapa sangka dengan bakat berpura-pura mati, Josh Nalley berjaya dapat tawaran untuk menjadi pelakon dalam satu siri terkenal Hollywood.
Tapi usahanya itu bukan sekadar satu dua hari mahupun minggu tetapi selama 321 hari! Fuh, berdedikasi betul Josh muat naik video beliau ‘mati’ setiap hari dengan pelbagai situasi dalam tempoh masa hampir setahun tu.
Nyatabakatnya membuahkan hasil bila rancangan CSI: Vegas telah menawarkannya watak sebagai mayat untuk salah satu episod di dalamnya.
Walaupun hanya satu episod, ia tetap diraikan dengan gembira tau. Iyalah, bukan senang kan. Jadi mayat pun onz je. Lagipun tu kan memang hobi beliau.
Dan Josh sendiri dalam satu temu bual menjelaskan yang dia tak pandai bercakap di depan kamera tapi untuk baring dan berlakon mati tu mudah je.
Korang kalau teringin nak berlakon drama atau filem pengarah terkenal, maybe bolehlah serlahkan bakat korang. Yang penting jangan putus asa ols!
Nak tengok aksi Josh, korang boleh terus ke TikTok @living_dead_josh