Menang Loteri RM139 Juta, Bos ‘Warning’ Staf Untuk Tetap Datang Kerja

Seorang majikan dari Australia terpaksa mengeluarkan ‘amaran’ kepada pekerjanya selepas 20 daripada pekerja terbaiknya berjaya memenangi loteri berjumlah £30 milion yang mana kalau ditukar ke nilai MYR, jumlahnya menghampiri RM140 juta!

Pada awalnya, setelah diberitahu mengenai kemenangan mereka, majikan tersebut tidak mempercayainya. 

Gambar sekadar hiasan. Kredit: sanarara via unsplash.com

Namun selepas dibuktikan yang mereka memang menang, majikan berkenaan berharap ada sesetengah pekerjanya akan kembali bekerja.

“Mereka pekerja yang baik. Saya gembira untuk mereka. Saya jangkakan saya akan ‘hilang’ mereka. Saya beritahu jika mereka tidak kembali bekerja, saya akan kejar dan curi tiket mereka.”

Dalam maklumat tersebut, salah seorang pekerja memberitahu beliau akan terus bekerja biarpun sudah menang besar.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: erikmclean via unsplash.com

Info: LAD Bible

Raja Lepak

Read Previous

Pura-Pura Mati, Lelaki Terus Dapat Offer Berlakon Watak Penting Dalam Siri Popular

Read Next

Ini 100 Kod Rahsia Untuk Unlock Hidden Movies Di Netflix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *