Bakal Siap Menjelang 2023, Harga Lelong Rumah ‘Mini Hong Kong’ Bermula RM470,000

Awal tahun ni pernah viral kawasan perumahan yang menerima gelaran Mini Hong Kong kerana reka bentuk bangunannya yang tinggi dan padat itu sama seperti yang ada di Hong Kong. 

Kalau korang nak tahu, total unit di 5 menara kesemuanya berjumlah 3,684 yang mana Menara A 808 unit, Menara B 685 unit, Menara C 752 unit, Menara D 793 unit dan Menara E 646 unit. 

Yang menariknya (baca: terkejutnya), ada unit bakal dilelong pada 9/11/2022 ini bermula dengan harga reserve RM470,000 bagi keluasan 850 kaki persegi biarpun pembinaannya projek masih belum selesai dan dijangka selesai menjelang 2023.

Kalau dekat Hong Kong, konsep perumahan macam ni dipanggil pangsapuri nano, tapi bila dilakukan di Malaysia auto jadi Mini Hong Kong.

Melihatkan pada ketinggian bangunan, sis kenot brain traffic jammed dekat kawasan situ nanti. Lepas tu kena pulak bila tiba musim tak ada air, lif rosak ke. 

Fuh, tercabar mental beb. Terfikir jugak kalau naik tangga pagi, maybe malam baru sampai ke macam mana?

Raja Lepak

Read Previous

‘Muka Gangster’ Tapi Tetap Terhibur Tengok Upin Ipin Di Penjara

Read Next

Pura-Pura Mati, Lelaki Terus Dapat Offer Berlakon Watak Penting Dalam Siri Popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *