2 tahun lepas, pernah viral dah pasal penemuan sebuah kereta Proton Perdana dalam sebuah bangunan terbiar di UK yang didaftarkan di atas nama Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Tun M.
Kereta ni ditemukan dalam video YouTuber Lost Adventures yang masa tu jelajah bangunan kosong dan menjumpai kereta yang dianggarkan nilainya berjuta ringgit. Kecoh jugalah masa tu dekat Malaysia.
Dan dalam satu kenyataan di Facebook Kelab Che Det sendiri pun ada menjelaskan misteri kereta dengan plat VK5231 ni.
Untuk pengetahuan korang, Proton Perdana tu sebenarnya dirancang untuk ditukarkan kepada kereta hybrid. Tun M dah berbincang dengan sebuah syarikat R&D, Frazer Nash Research Limited milik Kamal Siddiqi (lelaki warganegara Britain berdarah Pakistan) pada tahun 2016.
Dalam posting pada ketika itu, memberitahu yang tak pasti sama ada kereta tersebut dah pun melalui proses R&D ke tak. Dan kereta ni sepatutnya dah dibawa pulang.
Info: Kelab Che Det