Viralkan Video Mencuri, Pencuri Bawa Peguam Tuntut Pekerja Mohon Maaf

Dekat media sosial, ada satu video viral yang mana seorang pekerja sebuah mart berjaya menangkap perbuatan seorang wanita yang didapati mencuri coklat Cadbury daripada kedai. 

Dalam video tu korang boleh nampak yang pekerja Alfaart, Amelia menahan ‘pencuri’ dari terus keluar masuk ke dalam kereta Mercedes Benz beliau. Ada beberapa pekerja yang datang membantu dan meminta suspek yang dinamakan sebagai Mariana tu membuat bayaran sebelum dilepaskan.

Pada awalnya, Mariana ni marah kerana dituduh mencuri, tak nak buat bayaran dan hanya pulangkan barang curian. Tetapi selepas didesak, beliau akur melakukan bayaran denda 100,000Rp (RM30) walaupun barang curian tidak diberikan kepadanya.

Tak lama lepas tu, viral videonya mencuri sehingga buatkan Mariana nekad bawa peguamnya datang ke mart berkenaan untuk menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Amelia kerana sebarkan video tersebut.

Peguam Mariana menjelaskan yang sebenarnya beliau tak sedar yang dia terambil barang tersebut dan terlupa buat bayaran kerana terlalu banyak berfikir. Sampailah didatangi oleh Amelia.

Tapi syarikat Alfamart mempertahankan Amelia dan membuat laporan polis ke atas Mariana kerana mencuri dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerjanya. Malah mereka akan membantu Amelia dengan melantik peguam tersohor di Indonesia untuk menyelesaikan kes ini.

Siasatan awal polis daripada rakaman CCTV mendapati yang rupanya Mariana bukan setakat mencuri coklat Cadbury tapi juga dua botol syampu jenama Rejoice!

Video: bangvenda

Raja Lepak

Read Previous

Pengedar Dadah UK Bagi Diskaun Sempena Ratu Elizabeth II Mangkat?

Read Next

Proton Perdana Dalam Bangunan Terbiar UK Kembali Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *