Buat yang ada skill tebar roti canai, ini ada berita baik untuk korang.
Sebuah restoran dekat Melbourne, Australia kini dengarnya tengah giat cari pekerja yang boleh menebar roti canai dengan tawaran gaji sehingga RM200,000!
Dalam satu iklan yang dimuat naik, pihak syarikat meletakkan beberapa syarat untuk jawatan Roti Canai Chef antaranya ada pengalaman tebar roti canai, mampu bekerja dalam tekanan, boleh ikut arahan dan penuhi syarat untuk bekerja di Australia.
Bila dengar tawaran gaji yang diberikan, siapa je tak rasa nak berpindah kerja di sana kan?
Siapa sangka, gaji penebar roti canai di luar negara pun dah boleh termasuk dalam gaji professional di Malaysia. Memang kena sangat kalau berkemahiran.
Ada ke yang apply tu?