Restoran Cari Penebar Roti Canai Dengan Tawaran Gaji Mencecah RM200K

Buat yang ada skill tebar roti canai, ini ada berita baik untuk korang.

Sebuah restoran dekat Melbourne, Australia kini dengarnya tengah giat cari pekerja yang boleh menebar roti canai dengan tawaran gaji sehingga RM200,000!

Kredit: harianmetro

Dalam satu iklan yang dimuat naik, pihak syarikat meletakkan beberapa syarat untuk jawatan Roti Canai Chef antaranya ada pengalaman tebar roti canai, mampu bekerja dalam tekanan, boleh ikut arahan dan penuhi syarat untuk bekerja di Australia.

Bila dengar tawaran gaji yang diberikan, siapa je tak rasa nak berpindah kerja di sana kan?

Siapa sangka, gaji penebar roti canai di luar negara pun dah boleh termasuk dalam gaji professional di Malaysia. Memang kena sangat kalau berkemahiran.

Ada ke yang apply tu?

Raja Lepak

Read Previous

Asalnya Daripada Pantun Tapi Diedit, Ini Kisah Disebalik Fenomena ‘Burung Puyuh Burung Ketut’

Read Next

Bengang Asyik Kena Kacau, Perempuan Terus Sound Hantu Atas Siling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *