Yang bawa motor je tahu, nak bawa motor ni kena ada skill nak tahu bila na menyelit nak elak jem. Tapi tulah, bila tak hati-hati, menyelit ni bukan je takat bahayakan diri sendiri tapi juga pengguna jalan raya yang lain.
Macam dalam video dashcam yang viral baru ni. Nyaris-nyaris je abam motor ni nak tersepit lepas cubaan dia nak menyelit gagal. Ui, tengok pun seram.
Mula-mula tu motor rider Grab lepas je menyelit cuma part dia je gagal sebab kereta pun dah mula bergerak. Jadi ruang nak menyelit tu pun makin kecil.
Nasib baik jugaklah Ford Ranger tu tak laju dan cepat berhenti. Kalau tidak, kemalangan mesti dah berlaku.
Netizen pun seram tengok abam tu punya menyelit dekat jalan sempit macam tu. Gelojoh sangat. Atau mungkin dia tak tahan nak terbuang kot?
Apa-apa pun berhati-hatilah geng. Dah terkena, benda tak boleh patah balik. Menyesal pun tak berguna.
Video: Das Ahmadeus