Punca Arked Wang Kelian, Perlis Sunyi Sepi Tanpa Peniaga

Dulu-dulu, kalau ke Perlis tak singgah arked Wang Kelian ni macam tak lengkap je trip tu. Sebab dekat sini macam-macam benda ada jual. Memang surga beli belah betul terutamanya untuk mak mak. 

Barang dekat situ memang harga jauh lebih murahlah. Sampaikan ada yang bandingkan dengan Padang Besar.

Tapi tulah, sekarang keadaan dekat arked Wang Kelian ni dah berbeza sangat dengan dulu. Senyap sunyi tanpa peniaga, apatah lagi pengunjung. Memang nampak macam tapak tinggal.

Sebabkan ramai yang tak tahu kenapa arked Wang Kelian ni ditutup, adalah beberapa netizen yang bagi jawapan dorang sendiri.

Antarana ada yang cakap, lepas kes rangka pelarian Rohingya dijumpai, arked ni terus ditutup. Ada juga yang kata dekat sini juga ada buat jualan haram iaitu senjata. Dan satu lagi punca yang dikatakan ialah pemansuhan aliran zon bebas pada 2015.

Kalau korang nak tahu, kawasan ni dah ditutup pada April 2015 lepas je kerajaan umumkan Zon Aliran Bebas dah ditutup berikutan penemuan 139 mayat mangsa pemerdagangan manusia dekat situ.

Sebabkan itu jugalah Jabatan Imigresen batalkan serta merta kemudahan pergerakan bebas ke pasar sempadan antara Malaysia-Thailand yang mana kalau penduduk nak datang sini tak perlu keluarkan passport atau pas sempadan dalam perjalanan 2km pada hari minggu.

Tapi ada juga dengar dengar yang ada peniaga/penduduk buat permohonan untuk buka semula zon ni supaya dorang dapat tambah pendapatan. 

Korang rasa macam mana?

Sebelum ni pun, geng RL pernah share yang MAPS, Ipoh dengan Bandar Agacia, Kampar yang turut alami masalah sama. Senyap sunyi sampai digilar bandar hantu. Korang boleh baca DEKAT SINI.

Video: @athirahsaad_

Raja Lepak

Read Previous

Simpan Yamaha 125zr Boleh Buat Jadi Aset Pelaburan Sebab Harga Makin Mahal?

Read Next

Nasib Baik Tak Terkepit, Pemandu Motor Kena Kecam Sebab Gelojoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *