Sebut je Mexico, secara indirectly memang akan tersentuh juga bab kartel dadah dekat sana. Pengaruh kartel dadah ni sangatlah besar sampaikan dorang ni macam lebih ditakuti orang berbanding dengan pihak berkuasa.
Korang bayangkanlah, hari first je ketua polis Tijuana masuk kerja, dah dihadiahkan dengan kepala orang okey. Bukan kepala ayam, bukan kepala kambing, tapi kepala orang.
Siap ada nota ucapan selamat datang lagi tu.
Upacara angkat sumpah.
Rafael Vazquez yang dah bertugas sebagai pegawai polis selama 19 tahun tu pun turut menerima beberapa nota lain, antaranya menuduh beliau sebagai penculik yang melakukan kerja-kerja kotor Kartel Sinaloa.
Malah dia diugut dengan nota yang diletakkan bersama daging mentah berbunyi, bandar Tijuana akan berdarah disebabkan pelantikannya. Dan kalau korang nak tahu Tijuana beberapa kali tersenarai sebagai bandar terkejam di dunia tau.
Difahamkan yang nota ugutan tu datangnya dari musuh ketat Kartel Sinaloa yang sebelum ni dipimpi n oleh El Chapo Guzman.
Seram jugak kan? Kartel dadah Mexico ni memang lain levelnya. Nak ugut tu memang dia kasi betul. Yang tak tahan, memang kecundang.