Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Mengemis Buat Netizen Indonesia Naik Angin

Pelakon Indonesia yang juga popular di Malaysia, Baim Wong baru-baru ni jadi punca kemarahan netizen gara-gara satu video yang beliau muat naik di YouTube.

Dalam satu video yang dah dimuat naik di TikTok, Baim dilihat seakan memarahi seorang pakcik tu kerana mengemis. Sedangkan menurut netizen pak cik tu bukannya mengemis pun, dia meniaga.

Ada yang naik hairan, kenapa Baim Wong tiba-tiba je jadi macam tu. Sedangkan sebelum ni dia sangat menyantuni golongan susah.

Dah tu dia hanya bagi duit pada rider Grab yang ada di depannya tapi tak pada pakcik tersebut.

Tapi dalam satu video di YouTube, Baim pun dah jelaskan keadaan sebenar.

“Semasa kejadian, saya baru keluar dari hospital. Tiba-tiba ada orang mendekati saya dengan menaiki motosikal. Saya sedang berjalan dan dia pula semakin menghampiri. Itu membahayakan apatah lagi ketika itu, saya sedang membawa anak.

Tiba-tiba, orang itu meminta wang dengan saya dengan cara yang tidak sopan. Semasa saya menaiki motor dengan Kiano (anak), lelaki tersebut berteriak ‘Baim minta wang!’. 

Jujurnya saya paling kesal dengan orang sebegitu. Lalu, saya teruskan perjalanan ke rumah.”

Baim kata drama tu tak terhenti kat situ bila dia mula buat kisah sedih agar dapat raih rasa hiba dan simpati orang ramai.

Korang boleh tengok dekat sini: Baim Paula

Raja Lepak

Read Previous

Netizen Terhibur Tengok Pakcik Baru Nak Feeling Keluar Light Saber Sekali Isterinya Panggil

Read Next

Kepala Orang Hadiah Dari Kartel Dadah Rai Ketua Polis Baru Mexico

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *