Netizen Terhibur Tengok Pakcik Baru Nak Feeling Keluar Light Saber Sekali Isterinya Panggil

Kalau dulu TikTok memang medium untuk orang-orang muda dan sering dikaitkan dengan video gelek-gelek dan benda benda negatif.

Tapi sekarang, TikTok dah banyak digunakan dalam semua peringkat umur. Dari kanak-kanak (walaupun tak dibenarkan di bawah polisi TikTok) sampailah ke peringkat usia umur warga emas. 

Dan sekarang ni kalau tengok TikTok, skill mereka yang dalam usia ni kadangkala lagi power daripada skill kita yang dah lama ada dalam media sosial.

Dalam video yang disharekan dalam TikTok @doktorkerusi  berjaya hiburkan ramai.

Daripada mula main dengan remote control, pakcik ni dengan skillnya tiba-tiba keluarkan light saber merah. 

Cukup kemas je transition pertukaran tu sampaikan kita repeat video pun macam tak nampak pun cacat pada transition tu. Tapi tak sempat feeling lama sebab tiba-tiba je dengar suara makcik yang bertanya, “bang, dah siap vakum ke belum?”

Teruslah light saber tu bertukar kepada vakum.

Kalau tengok dekat komen, ramai yang puji skill pakcik ni yang hampir sama macam zachking, raja editing yang femes dengan video-video power tu.

Walau apa-apa pun, memanglah orang perempuan ni, walaupun tak ada dekat tempat tu tapi dia tahu je apa yang para suami tengah buat. Magic betul.

Read Previous

Ingatkan Aiskrim, Rupanya Realiti Di Sebaliknya Buat Netizen Terkedu

Read Next

Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Mengemis Buat Netizen Indonesia Naik Angin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *